“Neelofa Beli Dalam Dua Atau Tiga Gulung..” Pekerja Kedai Carpet Dedah Neelofa Beli Karpet RM10,000

Sejak beberapa minggu lalu, nama selebriti popular, Noor Neelofa Mohd. Noor dan suaminya Muhammad Haris Mohd. Ismail menjadi topik bualan rakyat Malaysia. Selepas isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) di majlis perkahwinannya, isu beliau dan suami ke Pulau Langkawi dan terkini isu rentas negeri hanya untuk membeli karpet pula menjadi bualan ramai.

Terbaharu, Neelofa dan suaminya didakwa telah membelanjakan lebih kurang RM10,000 ketika mengunjungi sebuah premis menjual karpet di Pusat Perniagaan Nilai 3 pada Ahad, 02 May 2021 lalu. Perkongsian Insta Story Neelofa pada hari tersebut mula tular apabila pemilik kepada kedai yang dikenali sebagai ‘Naeem Carpet’ itu mendedahkan lokasi keberadaan mereka. Difahamkan kedai tersebut mempunyai lebih kurang lima buah cawangan di sekitar Nilai 3 dan cawangan yang menjadi pilihan pasangan suami isteri itu merupakan kedai yang berada di Lot 122-124.

Menurut laporan Utusan Online, seorang pekerja kedai yang dikenali sebagai Hussein mendedahkan bahawa Neelofa dan suami memang ada datang untuk membeli permaidani di premis mereka pada Ahad lalu.

Neelofa dengan suami ada datang ke kedai dan membeli beberapa karpet termasuk karpet Iran yang berkualiti tinggi dan karpet jenis lain yang semuanya berharga RM10,000.

Harga bagi satu karpet Iran ini sahaja ialah RM3,000 dan Neelofa beli dalam dua atau tiga gulung..

Tambah Hussein, tindakan Neelofa membeli karpet di Nilai 3 dan penularan gambar serta video mereka menyebabkan nama ‘Naeem Carpet’ semakin dikenali dan terkenal di seluruh Malaysia sehinggakan pihak polis turut hadir ke kedai tersebut untuk mengambil keterangan mereka.

Hussein kemudian berkongsi sejak beberapa hari lalu kedai mereka semakin ramai pengunjung singgah membeli karpet. Berhubung dengan isu merentas negeri untuk membeli karpet, Neelofa dan Muhammad Haris telah dipanggil ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai untuk diambil keterangan dan hal ini masih dalam siasatan pihak polis.

Sumber: Utusan Online

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.koolfm.com.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*