- HIBURAN

Neelofa Tunjuk Cara Solat Sempurna Dapat Pujian Netizen. Rupanya Ini Sebab Kenapa Dia Buat Begitu, Subhanallah

Bakal menginjak usia 30 tahun pada 10 Februari ini, pengacara dan pelakon Neelofa memilih untuk menyambut hari ulang tahun kelahirannya lebih awal dengan menganjurkan sebuah majlis berbentuk kerohanian.

Video Neelofa Tunjukkan Solat Dengan Sempurna Berada Di Bawah Artikel

Diberi jolokan Light And Love Saturdate, majlis yang diadakan di Masjid At-Taqwa, TTDI, Petaling Jaya, Selangor dan dikelolakan oleh Imam Muda Asraf itu memberi fokus terhadap cara mengerjakan solat dengan lebih sempurna.

Ditanya mengenai majlis tersebut, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor berkata, dia berasa sangat gembira kerana usahanya mendapat sambutan yang sangat menggalakan.

“Saya sendiri tidak sangka, majlis yang dirancang agak lambat ini mendapat sambutan yang sangat baik. Hampir 500 orang memohon untuk menghadirkan diri, bagaimanapun, pihak kami hanya mampu menyediakan tempat untuk 150 orang sahaja.

“Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Rata-rata mereka yang hadir nampak begitu bersemangat untuk mendalami ilmu. Melihat pada sambutan baik yang diterima, insya-Allah saya akan cuba menganjurkan majlis sebegini dengan lebih kerap untuk manfaat bersama,” katanya kepada Kosmo! Online sebentar tadi.

Selain kelas teori, aturcara majlis turut merangkumi sesi soal jawab, demo solat, serta cara bacaan dalam solat yang betul.

Lebih menarik, pengacara program MeleTOP itu juga melakukan demonstrasi solat dengan cara bacaan dalam bahasa Melayu.

Light And Love Saturdate bukanlah acara keagamaan pertama yang dianjurkan oleh pihak Neelofa. Sebelum ini mereka juga aktif menganjurkan beberapa kelas berbentuk kerohanian.

Lihat video di bawah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

Kredit : klviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *