- VIRAL

“Ni Mesti Player Yang Kalah Teruk Buat Report” Kena Serkup Tidak Puasa,Orang Lain Rebut Pahala,Kau

TINDAKAN sekumpulan individu menjadikan sebuah pusat snuker di Kluang sebagai ‘port’ ponteng puasa membawa padah apabila premis berkenaan diserbu pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam Operasi Gempur Ramadan, petang semalam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Syariah, Halid Sono berkata, operasi jam 3.30 petang itu susulan aduan diterima daripada pengadu bukan Muslim mengenai kegiatan ponteng puasa di pusat terbabit.

“Serbuan ke pusat snuker itu dilakukan Pejabat JAINJ daerah Kluang selepas menerima aduan daripada individu bukan Islam mengenai tindakan pengunjung yang datang ke pusat snuker dan majoritinya tidak berpuasa.

“Bertindak atas aduan itu, satu operasi dilaksanakan di premis berkenaan dan menahan dua individu selepas didapati asyik menghisap rokok,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pihaknya kesal masih ada umat Islam yang mengunjungi pusat snuker dan menjadikan premis itu sebagai tempat untuk tidak berpuasa.

“Bila kita tidak berpuasa, kita tidak terlepas diperhatikan masyarakat bukan Islam sekali gus mengundang fitnah dan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat bukan Islam.

“Yang kita dapat tahan dalam serbuan itu hanya dua individu saja kerana menghisap rokok dan individu lain tidak dapat dibuktikan,” katanya.

Katanya, rata-rata yang ditahan tidak berpuasa ketika bermain di pusat snuker berkenaan.

“Kita mengharapkan masyarakat Islam lebih peka dan sensitif serta menghormati kesucian Ramadan dengan tidak makan, minum serta menghisap rokok apatah lagi dilakukan di tempat awam (terbuka),” katanya.

Menurutnya, sehingga jam 4 petang semalam, seramai 12 individu disaman (OYDS) berusia 20 hingga 55 tahun sepanjang operasi dari 1 hingga 7 Ramadan (semalam) kerana tidak berpuasa.

“JAINJ turut mengambil tindakan terhadap sebuah gerai yang disyaki bersubahat dengan menjual makanan dan membiarkan mereka yang tidak berpuasa makan secara terbuka.

“Mereka ditahan kerana tidak berpuasa dan disiasat mengikut Seksyen 15(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997, manakala, peniaga disiasat mengikut Seksyen 15(a) enakmen sama.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya,” katanya.

Menurutnya, bagi kesalahan kedua atau seterusnya, boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali.

Katanya, pihaknya menahan tiga individu kerana melakukan kutipan khairat tanpa kebenaran Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih,Kekasih Jiwang

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kekasih Jiwang

sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *