Home Petua Tips Awal Ashaari dis4man lagi RM300,000 oleh Naz Carpentry.Awal Ashaari Tdk Punyai Hak..-Anak...

Awal Ashaari dis4man lagi RM300,000 oleh Naz Carpentry.Awal Ashaari Tdk Punyai Hak..-Anak Guam Naz Carpentry

197
0

KUALA LUMPUR: Personaliti terkenal tanah air, Awal Ashaari yang baru saja menimang cahaya mata kedua pada 12 Februari lalu sekali lagi berhadapan dengan tindakan sman daripada syarikat hiasan dalaman Naz Carpentry.

Syarikat berkenaan mengemukakan sman RM300,000 terhadap Awal yang didakwa telah melnggar kontrak.

Menurut Naz Carpentry, sman tersebut difailkan minggu lepas di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melalui firma guaman Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak, Advocates And Solicitors.

Kenyataan itu mendakwa, Awal melnggar kontrak dengan memberhentikan Naz Carpentry daripada meneruskan kerja pengubahsuaian di premis baharu defendan dan memungkiri perjanjian yang dipersetujui kedua-dua pihak.

“Naz Carpentry dalam smannya menuntut deklarasi bahawa defendan Awal Ashaari tidak layak untuk menuntut pembayaran balik wang pendahuluan berjumlah RM100,000 yang dibayar kepada syarikat tersebut bagi memulakan kerja.

“Naz Carpentry juga menuntut lebih dari RM300,000 dibayar oleh defendan Awal Ashaari termasuk bagi baki bayaran untuk kerja-kerja pengubahsuaian yang telah disiapkan,

pembayaran balik jumlah tajaan yang sepatutnya ditaja melalui pengiklanan dan promosi perniagaan di laman media sosial, baki jumlah keseluruhan yang masih belum dijelaskan,

kos upah kerja tambahan dan kos-kos lain,” kata Naz Carpentry dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.

Selain itu, Naz Carpentry juga menuntut ganti rugi teladan, kos tindakan dan lain-lain relif atau perintah yang dianggap manfaat oleh mahkamah.

Kenyataan itu turut memetik kenyataan peguam utama Naz Carpentry, Nurul Hafidzah Hassan bahawa saman sivil yang difailkan minggu lepas adalah saman kedua terhadap defendan Awal Ashaari.

 

Awal Ashaari didkwa melnggar kontrak dengan memberhentikan Naz Carpentry daripada meneruskan kerja pengubahsuaian di premis baru defendan dan memungkiri perjanjian yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Pada 13 November tahun lalu, Naz Carpentry telah menyaman Awal Ashaari dan menuntut RM3 juta kerana telah menjatuhkan imej, jenama dan reputasi syarikat dan pemilik syarikat tersebut melalui kempen media sosial di akaun Awal Ashaari.

“Anak guam berpendapat bahawa Awal Ashaari tidak mempunyai hak undang-undang untuk mengakhiri kontrak pihak-pihak dan percaya bahawa anak guam berhak menuntut jumlah penuh kontrak akibat pelanggaran tersebut,” tambah Nurul Hafidzah.

Sementara itu, Pengurus Krisis Naz Carpentry, Saiful Ridzuan berkata, krisis yang dihadapi oleh pengasas dan syarikat hiasan dalaman tersebut memberi ancaman serius terhadap kredibiliti dan perniagaan mereka.

“Ancaman reputasi yang dihadapi Naz Carpentry telah menimbulkan spekulasi yang merosakkan imej, reputasi dan jenama peribadi, dan jenama perniagaan syarikat, terutamanya apabila fakta tidak tepat telah tersebar di seluruh negara hanya dalam beberapa minit melalui penggunaan teknologi oleh masyarakat kini.

“Walaupun krisis ini telah memberi kesan terhadap ekuiti jenama perniagaan syarikat, Naz Carpentry percaya yang imej, reputasi dan jenama mereka akan berjaya dilindungi dan dipulihkan melalui tindakan undang-undang ini.

“Hasil dan mutu kerja Naz Carpentry melalui senarai klien terdahulu yang terdiri dari individu berprofil tinggi dan dihormati merupakan testimoni bagi kredibiliti kerja mereka,” jelas Saiful Ridzuan.

Naz Carpentry merupakan syarikat hiasan dalaman yang terkenal dalam kalangan selebriti, individu berprofil tinggi termasuk dari kerabat diraja dan orang kenamaan.

Sumber Astroawani

Previous articlePakai SeIebet Depa Tak Layan , K0ngsi Pengalaman Pnjual Emas ‘Tak Layan’ Sebab Pakaian
Next articleVir4l Bila Jadi ‘Modeling’, Bekas CEO Yayasan Kebajikan Negara ‘Terkedu’ Tgk Pejabat Rina Harun

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here