Home Petua Tips Saya Manusia Biasa Ada Perasaan,padu ayat Isteri Shukri Yahaya.Rupanya ada ‘cemburu’ dan...

Saya Manusia Biasa Ada Perasaan,padu ayat Isteri Shukri Yahaya.Rupanya ada ‘cemburu’ dan ini puncanya

169
0

“Ya, jujur la ni. Cemburu je sebab saya bukan rbot. Manusia biasa je kan, ada perasaan.Ini antara luahan hati Tya Adnan isteri pada pelakon lelaki
yg romantik di kaca tv kita Shukri Yahaya.

ISTERI pelakon Shukri Yahaya, Tya Adnan mengakui mempunyai perasaan cemburu apabila melihat adegan romantik yang dilakukannya suaminya bersama perempuan lain.

Justeru itu, Tya atau nama sebenarnya, Siti Nurfatihah Ahmad Adnan, 29, berkata, dia mengelak daripada menonton drama-drama lakonan Shukri yang ditayangkan di televisyen.

 

“Tapi macam saya cakap sebelum ini, saya memang tak tengok cerita suami saya. Saya elak je la daripada mata pandangan saya,” katanya.

Tya memberikan kenyataan itu susulan menjawab pertanyaan netizen yang bertanyakan kepadanya menerusi sesi soal jawab di laman Instagram, baru-baru ini.

 

Tya menjawab pertanyaan pengikutnya di laman Instagram.

“Jujurlah takkan Tya tak cemburu Shukri berlakon sweet pegang dengan perempuan lain?” tanya netizen tersebut.

Tya turut bersyukur dikurniakan seorang suami yang sentiasa profesional apabila melibatkan hal berkaitan kerjaya dan urusan peribadinya.

“Suami saya pun seorang yang profesional. Dia tahu mana kerja, mana kehidupan sebenar. Mana rakan kerja, mana bini.

“Yang anda tengok dekat tv sweet-sweet tu cuba fikir balik belakang tabir tu berapa puluh orang tengok dekat sekeliling,” katanya lagi.

Tya yang sebelum ini juga merupakan seorang pelakon sambilan mendirikan rumah tangga dengan Shukri, 33, pada 20 November 2015 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Aaira Ameena, 5, dan Maleeq Miqayl yang kini berusia tujuh bulan.

Sumber : mstar

Previous articleLove Abah Muhyiddin Yassin, sebelum ini mrah manja-manja sahaja.Fb Muhyiddin, Tngku Zafrul kini dihujani penghargaan
Next articleTinggal Di Rumah Usang Tapi Ada Aset RM 1.7 Juta.Sekali Lembaga Zakat Dedahkan Siapa Makcik Ini Sebenrnya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here