Home Petua Tips Baru Je Ebit Lew Muatnaik Status Dedah Pasal TMJ Yg Tak Pernah...

Baru Je Ebit Lew Muatnaik Status Dedah Pasal TMJ Yg Tak Pernah Orang Tahu. Sekali TMJ Dtg Komen

220
0

” Tunku kata ustaz kita sebaya. Lahir tahun 84. Umur 36 tahun nak masuk 37. Takdir Allah kita bertemu.

Ulang kali Tunku kata Allah takdirkan pertemuan ini. Tiada yang kekal didunia ini. Semua sementara dan miliknya Ulang kali Tunku kata Allah takdirkan pertemuan ini. Tiada yang kekal didunia ini. Semua sementara dan miliknya.Ini antara bicara dua ikon rakyat yang berjaya menambat hati rakyat dewasa ini.

” Syukur pada Allah. Dulu saya sekolah di TIJB sentiasa doakan Sultan Johor selepas hampir setiap kali selepas solat. Hari ini Allah takdirkan bertemu TMJ.”

Demikian perkongsian terbaru dimuatnaik oleh pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew di Instagram beliau mengenai Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mencuri perhatian ramai.

Terdahulu, berita mengenai Ebit Lew mengadap TMJ mendapat liputan meluas pihak media dan tular di laman sosial selepas melihat kemesraan TMJ melayan Ebit Lew selain menghulurkan sumbangan peribadi.

” Lagi terkesan bila melihat kerisauan Tunku pada anak muda dan masa depan anak muda.

TMJ dididik membesar dengan kesusahan

” TMJ dari kecil dididik dengan agama dan membesar dengan kesusahan. Latihan tentera di India. Sentiasa naik flight class ekonomi. Baru ini semenjak dilantik sebagai Tengku Mahkota baru naik 1st class. Makan di India ditempat biasa. Tiada duit diberi sangat.

” Dengar kisah kesusahannya membuat saya faham sesuatu. Saya jadi sebak. Begitu yer untuk menyediakan seorang pemimpin, Allahuakbar.

” Masa kecil duduk bersama keluarga orang gaji istana. Mereka yang jaga kuda istana. Dipvkul rotan masa belajar mengaji.

” Tunku kuat fikir tentang Islam dan membangunkan jiwa anak muda. Susah tidur lena. Bergurau kami macam dah lama kenal. Terasa bersyukur sangat. Banyak saya belajar dalam pertemuan ini.

” Semoga Allah berkati dan jaga TMJ dan seluruh keluarga Sultan. Allah jaga seluruh institusi Sultan dan Raja dinegara ini. Allah selamatkan YDPA …” tulis Ebit Lew

Dapat respon balas dari TMJ

Sementara itu, perkongsian Ebit Lew itu telah meraih perhatian warganet yang nyata teruja membaca kisah mengenai TMJ yang tidak pernah diceritakan umum.

Menariknya juga, coretan Ebit Lew telah mendapat respon dari TMJ sendiri.

Menerusi ruangan komen, TMJ dilihat menulis pesanan beliau buat Ebit Lew dan meminta pendakwah itu menjaga diri serta menyatakan hasrat untuk memberi sumbangan lagi.

” Terima kasih Ustaz. Jaga diri baik baik.

” Insha’Allah jikalau ada rezeki saya akan sentiasa memberi sumbangan untuk Ustaz membantu rakyat. Jumpa lagi dan kirim salam kepada keluarga. Salam” tulis TMJ.

Komen TMJ itu meraih lebih 10 ribu tanda suka dari warganet lain selain mendapat lebih 60 komen balas.

Rata-rata mengucapkan syukur di atas keprihatinan TMJ yang tampil menyalurkan bantuan kepada Ebit Lew untuk disumbangkan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Malah ada yang menyifatkan kehadiran TMJ membantu Ebit Lew ibarat gandingan paling mantap dalam menghulurkan bantuan terus kepada rakyat tanpa apa-apa kepentingan.

” Gandingan mantap dan terbaik 2 orang insan hebat. Bersyukur dan bertuah kita dikurniakan insan-insan hebat seperti ustaz Ebit Liew dan TMJ. Semoga Allah merahmati ustaz Ebit Liew dan TMJ” tulis Izz.

Sumber:IG Ebit Lew

Previous articleSetelah Dipanggil JAIS sebab ‘Agama Melayu’,Sekali Ustz Abu Syafiq Pula Nak Sman Ibu Yati
Next articleErra Fazira selamat diijabkabulkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here