Home Petua Tips Punca kjadian pmunggahan ‘g4nas’ bbitkan pekerja J&T Ekspress dikenal pasti.Tak Sangka Sebab...

Punca kjadian pmunggahan ‘g4nas’ bbitkan pekerja J&T Ekspress dikenal pasti.Tak Sangka Sebab Ini

128
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan telah menjalankan siasatan berhubung kejadian mogok oleh pekerja-pekerja syarikat J&T Ekspress Malaysia Sendirian Berhad yang tular di laman sosial baru baru ini.

Menurut satu kenyataan dikeluarkan pada Jumaat, siasatan dilakukan terhadap beberapa buah premis perniagaan syarikat itu yang terletak di Perak, Melaka, Johor dan Selangor.

Hasil siasatan kementerian itu mendapati kejadian berkenaan berlaku di sebuah premis perniagaan syarikat yang terletak di Perak dan ia berpunca daripada bebanan kerja yang dialami oleh pekerja-pekerja di bahagian gudang berikutan peningkatan mendadak bungkusan.

“Siasatan turut mendapati terdapat di kalangan pekerja-pekerja terutamanya di bahagian penghantaran (despatch) tidak berpuas hati dengan pemberian bonus berdasarkan prestasi dan perubahan struktur bayaran komisen secara unilateral yang akan menyebabkan pendapatan pekerja yang terlibat berkurang.

“Pihak majikan memaklumkan bahawa isu berhubung kejadian pekerja memunggah bungkusan secara ksar telah selesai dan ia berlaku disebabkan salah faham.

“J&T telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf kepada para pelanggan serta menjelaskan tentang sistem pemberian bonus kepada kakitangan yang menjadi punca ketidakpuasan hati kakitangan J&T,” jelas kenyataan itu.

Susulan kejadian itu, Kementerian Sumber Manusia menegaskan kepada majikan agar sentiasa mengadakan perbincangan dengan pihak pekerja terlebih dahulu sebelum membuat sebarang perubahan melibatkan kepentingan pekerja.

Ia bagi memastikan keharmonian perusahaan yang dinikmati serta kebajikan pekerja terus berkekalan dan terpelihara.

Ahad lalu, J&T Ekspress dalam satu kenyataan media memohon maaf atas tindakan beberapa pekerja yang mengendalikan bungkusan pelanggan dengan kasar seperti yang tular di laman sosial pada 4 Februari lalu.

Jelas syarikat itu, kejadian itu berlaku selepas kurang penjelasan di kalangan pegawai jabatan berhubung sistem pengagihan bonus.

“Ini merupakan kesalahan dalam pengurusan kami. Kami telah merumuskan peraturan dan kaedah pengurusan khususnya untuk penyelesaian dan pengawasan insiden serupa, serta menyelesaikan (isu) bungkusan yang hilang dengan cepat,” jelas kenyataan itu.

 

J&T Express | Mohon maaf, salah faham punca pekerja mogok

J&T Ekspress turut mengambil kesempatan menzahirkan ucapan terima kasih kepada pekerja barisan hadapan yang juga aset terbesar mereka atas usaha berterusan memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.

Sumber astroawani

Previous articleTak ada limau tapi Syed Saddiq agih 30 komputer riba hari ini
Next articleGadis 18 Thun Mngsa Termuda mninggal sb Covit. Dktor ini Ddahkan punca misteri org muda m4ti akibat Cov

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here