Home Petua Tips Buka Puasa Beramai-Ramai, Gagal Patuh SOP, 16 Orang Ahli Keluarga Termasuk Ibu...

Buka Puasa Beramai-Ramai, Gagal Patuh SOP, 16 Orang Ahli Keluarga Termasuk Ibu Bapa Dijangkiti Covid-19 Di Bahrain

266
0

Majlis iftar bersama keluarga bertukar menjadi musibah apabila 16 orang ahli keluarga di Bahrain dijangkit1 wabak Covid-19 menerusi salah seorang dari mereka.

Menurut laporan Kementerian Kesihatan Bahrain, anggota keluarga itu dijangkit1 kerana gagal mengikuti langkah pencegahan termasuk mengelakkan perhimpunan atau perjumpaan ramai, memakai topeng muka dan melakukan penjarakan sosial.

Difahamkan, individu yang dijangkiti telah menyebarkan Covid-19 tersebut kepada semua ahli keluarga yang hadir ke majlis iftar tersebut termasuk ibu bapa, adik-beradik dan beberapa kanak-kanak.

”Adalah menjadi tanggungjawab semua orang untuk mematuhi panduan dan langkah pencegahan sebagai usaha mencegah penyebaran virus,” kata kementerian.

Pihak kementerian juga dilaporkan sedang meningkatkan usaha dan memperluaskan kemampuan ujian mereka bagi memastikan keselamatan semua orang melalui pengesanan awal kes dan pengesanan kontak.

Setakat ini, Bahrain mencatatkan 4,774 kes jangkitan Covid-19, manakala 2,055 kes telah pulih dan 8 kem4tian turut direkodkan.

Sumber : World Gulf

Previous articleKerajaan Akan Sekat Kemasukan Warga Asing, Kini Gelandangan Bakal Diserap Bekerja
Next articleTak Putus Asa! Dua Bot PATI Rohingya Bersiap Sedia, Hanya Tunggu Masa Memasuki Perairan Negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here