Home Petua Tips Sindiket ‘Cuci Duit’ Ada Artis Terlibat dan Lima Anggota P0lis Termasuk Pegawai...

Sindiket ‘Cuci Duit’ Ada Artis Terlibat dan Lima Anggota P0lis Termasuk Pegawai Ditahan

176
0

KUALA LUMPUR, 7 Okt  Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan lima anggota polis ditahan, disyaki terlibat sindiket ‘cuci duit’ berkait dengan perniagaan selebriti tanah air sebelum ini.

Tanpa memperincikan butiran lanjut kes itu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan perkara berkenaan, ketika dihubungi Bernama malam ini.

Beliau berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada tiga pegawai dan dua anggota polis bagi membantu siasatan kes berkenaan.
“Setakat ini, hanya lima anggota polis ditahan manakala siasatan kes ini (sindiket ‘cuci duit’) saya serahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Datuk Zamri Yahya berkata kes ‘cuci duit’ berkenaan mempunyai kaitan dengan macau scam, katanya ringkas.

Sementara itu, menurut sumber SPRM, suruhanjaya itu telah menemui sejumlah wang tunai kira-kira RM100,000 di kediaman salah seorang pegawai polis yang ditahan.

“Pegawai polis itu kini ditahan bagi membantu siasatan kes itu,” katanya.

Hari ini, Bernama melaporkan polis sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan sesetengah pihak di media sosial berhubung penglibatan pegawai polis dalam sindiket `cuci duit’.

Sebelum ini, Bernama melaporkan SPRM memanggil sepasang suami isteri bergelar artis, untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes pengubahan wang hram.

Sumber : siakapkeli

Previous article“Orang Terkejut Saya Rujuk Semula Dengan Aliff Tapi Saya Bukan B0doh” Bella Astillah Buka Mulut Bila Terima Semula Aliff
Next articleSekelip Mata Trending ,Berlumba-Lumba Sahut Cabaran Empat Dara Kak Lina Pom Pom…Siapa Paling Win?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here