Home Petua Tips Pendakwah terkenal Indonesia, UAS selamat nikahi gadis usia 19 tahun

Pendakwah terkenal Indonesia, UAS selamat nikahi gadis usia 19 tahun

330
0

Pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS) sah bergelar suami kepada seorang gadis yang dikenali sebagai Fatimah Az Zahra Salim Barabud hari ini, lapor CNN Indonesia.

Menerusi laman Instagram, pendakwah berusia 44 tahun itu berkongsi foto majlis pernikahan bersama isterinya yang berusia 19 tahun dengan kehadiran ahli keluarga dan sahabat handai.

“Pernikahan UAS pada 16 Ramadan 1442H bertepatan dengan 28 April 2021 pukul 16.30 Wib,” tulis kapsyen posting itu yang turut disertakan hadis Rasulullah SAW mengenai pernikahan.

Foto berkenaan menerima lebih 600,000 tanda suka selain puluhan ribu komen peminat dan pengikutnya yang mengucapkan tahniah selain mendoakan agar pasangan itu kekal bahagia hingga ke syurga.


Terdahulu, UAS mendirikan rumah tangga dengan Mellya Juniarti pada 2012 sebelum bercerai pada 3 Disember 2019. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mizyan Hadziq Abdillah.

Sumber: CNN Indonesia , Instagram UAS

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://ohmymedia.cc/

Previous articleTular D4kwaan Nora Ariffin Kahwini Annuar Musa, Anak Sulung Tampil Bersuara!
Next articleFazura, Fattah Amin Berbesar Hati Raikan Anak Yatim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here