Home Petua Tips “Kami Utamakan Mereka Yang Agresif” – Scha Alyahya Perjelas Kriteria Penjurian Hero...

“Kami Utamakan Mereka Yang Agresif” – Scha Alyahya Perjelas Kriteria Penjurian Hero Remaja 2020

292
0

Pelakon, pengacara dan juri Hero Remaja 2020, Scha Alyahya menjelaskan tentang kriteria utama yang dimahukan oleh pihak juri dalam pertandingan tersebut.Menurut Scha, pihak juri dan penganjur akan mengutamakan peserta yang agresif dan sentiasa bersemangat untuk berjaya, pada masa yang sama, mereka juga harus menyerlahkan keaslian dan identiti diri sendiri.

“Kami dari pihak juri, Majalah Remaja dan Astro utamakan mereka yang agresif, konsisten dan sentiasa bersemangat untuk mencapai kejayaan.

“Saya dan Datuk Hans Isaac pernah menjurikan Dewi Remaja sebelum ini, namun format untuk Hero Remaja ini berbeza.

“Kami mahu cari seorang lelaki yang mempunyai keaslian dan identiti tersendiri, semua peserta harus tahu untuk menyerlahkan apa yang ada dalam diri mereka,” ujarnya.

Scha berkata demikian di sidang media majlis pengumuman 12 finalis Hero Remaja 2020 bertempat di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada Selasa.Tambah Scha, semua peserta juga harus belajar banyak perkara dengan cepat meskipun ramai antara mereka yang tiada pengalaman.

“Saya sedar ramai antara peserta yang masih muda dan tiada pengalaman, namun mereka harus belajar dengan cepat.

“Para peserta harus tahu lakukan banyak perkara, itulah yang pihak juri mahukan,” ujarnya lagi.

Selain Scha, Datuk Hans Isaac turut diberi kepercayaan menjurikan program tersebut.Manakala Ain Edruce menggalas tanggungjawab sebagai hos Hero Remaja 2020.Semua finalis Hero Remaja 2020 bakal berdepan dengan pelbagai cabaran untuk mengasah kebolehan masing-masing. Mereka juga akan diuji untuk berlakon, mengacara, menjadi model dan duta produk sebagai satu proses menentukan siapa yang bakal menyandang gelaran juara.Rakaman Hero Remaja 2020 akan bersiaran selama tujuh episod pada setiap Khamis jam 9.00 malam bermula 27 Februari ini secara eksklusif di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).Untuk pilihan yang lebih fleksibel, ia turut boleh diakses menerusi perkhidmatan Astro Go dan on demand.

sumber : gempak

Previous article“Rupanya Vide0 Ini Abam Tinggal Untuk Kenangan Kitaorang” Isteri Fad Simpan Vide0 Ini Awalnya Bukan Untuk Ditayang
Next articleAlahai Comelnya Aqeef Anaqi Ikut Cakap Daddy

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here