- VIRAL

Polis tersentuh, Budak 12 tahun Buat kerja sekolah di bawah lampu jalan sebab keluarga tak mampu guna elektrik

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang budak lelaki berusia 12 tahun dari bandar Moche di Peru, membuat kerja sekolah di bawah lampu jalan.Pegawai di jabatan polis Moche mengesan Víctor Martín Angulo Córdoba, semasa membuat pemeriksaan pada kamera keselamatan pada bulan lalu.Tindakannya duduk bersendirian di tepi jalan pada waktu malam mencurigakan.

Namun, selepas dilihat secara dekat mereka mendapati kanak-kanak itu sebenarnya sedang membaca dan menulis sesuatu pada buku notanya, diterangi lampu jalan.Tersentuh dengan sikap budak itu, jabatan polis berkongsi rakaman CCTV di laman sosial rasmi mereka sebelum ia menjadi tular.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Berbekalkan cahaya lampu jalan,Victor tekun menyiapkan kerja sekolah di tepi jalan

Budak itu hidup dalam keluarga miskin yang selama ini hanya bergantung kepada sebatang lilin di rumah pada waktu malam.Malangnya, Victor sukar untuk menghabiskan kerja sekolahnya menjelang malam dan dia sukar melakukannya dengan hanya cahaya sebatang lilin.

“Satu hari anak lelaki saya kata jika dia terus buat kerja sekolah dengan lilin tu, dia boleh tertekan. Lebih baik dia buat kerja sekolah di luar,” kata Rosa Angulo Córdoba mengenai anaknya Victor kepada Panamericana TV.Dia menambah, anaknya sering mengalami sakit leher kerana sering mendekatkan kepalanya pada lilin untuk membuat kerja sekolah.

Susulan kisah Victor mendapat perhatian media, datuk bandar Moche melawat budak itu di rumahnya sambil memuji kesungguhannya dan berjanji untuk menanggung sendiri kos kemudahan elektrik untuk keluarga budak itu, supaya dia tidak lagi ke luar rumah setiap mala

Beginilah sekiranya ada kemahuan mesti ada jalannya dan Adik Victor ini menjadi contoh pada kita semua walaupun daif tentang kehidupan tapi semangat wajanya ingin berjaya itulah yang penting demi mengejar cita-citanya terutama dalam menuntut ilmu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

Sumber : Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *