Home Petua Tips “Nak Kur4ng Ajar Dgn Org Tua Pun Dia Takut Inikan Pula Romp4k...

“Nak Kur4ng Ajar Dgn Org Tua Pun Dia Takut Inikan Pula Romp4k Bank” Luahan Abang Suspek.

210
0

Susulan kejadian rmp4kan bank baru baru ini,ahli keluarga terdekat suspek telah tampil bersuara menceritakan situasi sebenar.

Kjadian romp4kan di Kota Tinggi tular sejak semalam apabila menarik perhatian ramai dan segelintir warganet cuba membuat pelbagai spekulasi berkenaan suspek.

” Nak kurang ajar dengan orang tua pun dia takut, inikan lagi nak meromp4k bank yang terdapat ramai orang.”

Begitu kata abang kepada remaja lelaki berusia 19 tahun yang m4ut dit3mbak pengawal keselamatan dalam kejadian romp4kan di sebuah bank di Air Tawar 5, di sini, petang kelmarin.

Azhari A Bakar, 31, berkata adik bongsunya, Azhar, 19, yang juga orang kurang upaya (OKU) disleksia disifatkan seorang lurus bendul, menyayangi ibu mereka dan peramah.

Katanya, pada hari kejadian, Azhar yang lebih mesra dipanggil Doyok keluar dari rumah seorang diri kira-kira jam 1 tengah hari dengan memandu Proton Wira tanpa sempat menjamu masakan kari ayam yang dimasak ibu mereka.

” Malam sebelum itu, dia ada maklumkan mahu ke Mersing kata nak ikut kawan pergi cari kerja. Siangnya nampak dia tidak bersiap lagi, mak pun suruh dia keluar beli lauk. Namun, tidak lama selepas itu dia keluar semula.

” Kemudian, polis telefon rumah tanya pasal adik punya kad pengenalan mana…lesen memandu mana. Saya ingatkan dia kena tahan sebab tiada lesen memandu, tetapi dimaklumkan arwh kena t3mbak.

” Secara fizikal, dia (Azhar) nampak normal. Padahal, baru kelmarin (Rabu lalu) kami menyambut hari jadinya di sebuah restoran makanan laut berhampiran. Dia belanja adik-beradik makan,” katanya ketika ditemui di kediaman keluarga di Felda Semenchu di sini, semalam.

Katanya, ibu mereka menangis kerana terlalu sedih dengan kejadian yang menimpa arwh.

” Hati mak mana tidak sedih apabila mendengar khabar berita itu. Mak terduduk, menangis.

” Malah, hati saya juga sakit, orang tuduh…(mereka) tak tahu cerita. Saya tahu ada orang di belakang…dia (Azhar) buat kerja itu bukan seorang, mesti ada kawan yang suruh,” katanya.

Katanya, dia rasa amat sedih dengan nasib menimpa adiknya dan tidak sanggup melihat video kejadian yang tular sejak kelmarin.

” Video itu saya tidak mahu tengok, tidak mahu percaya. Satu kampung semua kenal dia…lurus sangat orangnya. Kalau ada majlis rewang (kenduri), dia mesti sukarela bantu orang kampung.

” Saya mengharapkan ada keadilan (siasatan) buatnya. Saya mohon jangan menghukum,” katanya.

Sumber : hmetro

Previous articleKapal Yang Bawa 300 Pelarian R0hingya Gagal Dikesan.Sebelum Ini Berlindung Di Pulau Koh Adang
Next article“Rumah Baharu Bukan Beli, Saya Sewa Bayar RM400 Sebulan” – Sugu Nafi Hidup Makin Mewah, Cadang Nak Cari Kerja Tetap Lain

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here