- HIBURAN

“Rasa Nak Nangis Dapat DM Dari Dato”. Heliza Terkejut Aliff Syukri Hantar Mesej Macam Ni Kepadanya

Penyanyi Heliza Helmi menerima mesej secara peribadi dari jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang mahu menderma sejumlah wang kepada mangsa peperangan di Syr1a.

Perkara itu dikongsi Heliza menerusi ruangan Instagram (IG) Story miliknya buat tatapan umum.

Dalam mesej yang dikirim Aliff menerusi ruangan Direct Message di IG itu, dia bertanyakan Heliza sama ada masih sempat menderma wang dan akan memaklumkan Heliza setelah wang telah dipindahkan ke akaun bank yang berkenaan.

” Ya Allah, rasa nak menangis terima DM dari Datuk untuk membantu mereka di Syr1a.

” Ya Allah, berikanlah Datuk dan ahli keluarganya dan insan-insan sekelilingnya yang terbaik di sisimu di dunia dan akhirat, beliau hambaMu yang sangat prihatin,” tulis Heliza.

Dato Aliff Syukri sememangnya terkenal dengan sifat dermawan beliau, malah sebelum ini banyak membantu golongan kurang bernasib baik terutama ibu tunggal.

Heliza merupakan salah seorang rakyat Malaysia yang terlibat secara aktif membantu mangsa pe rang di Syr1a menerusi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia.

Dalam pada itu, bercakap soal pasangan hidup, penyanyi Heliza Helmi mengakui dia tidak lagi memikirkan soal jodoh biarpun usianya telah meningkat kepada angka 33 tahun.

Kata bekas peserta program realiti Akademi Fantasia musim kelima itu, buat masa sekarang dia lebih selesa berserah dan berdoa agar dipermudahkan urusan bertemu calon suami.

Anak kedua daripada empat beradik itu bagaimanapun menafikan dia seorang yang terlalu memilih dalam bab jodoh.

“ Saya bukannya seorang yang memilih namun biarlah Allah swt yang memilih untuk saya dan saya hanya mampu berdoa dan berserah.

“ Kalau tiada jodoh saya di dunia, mungkin saya bertemu jodoh di syurga. Cuma saya memang tidak terlalu memikirkan bab jodoh sebab kakak saya yang berusia 35 tahun belum berkahwin.

“ Kalau boleh biar dia kahwin dulu kerana saya pula sibuk dengan pelbagai aktiviti dan akan ke Syr1a lagi dalam masa terdekat untuk menyertai misi kemanusiaan,” katanya.

Heliza ditemui majlis pelancaran Heliza Instant Telekung (HIT) di bawah jenama HelizaGuzelhive dengan kerjasama Guzelhive International Sdn. Bhd..

Pada majlis sama, Heliza turut melancarkan single terbaharu duet bersama adiknya, Hazwani Helmi berjudul Ayat-Ayat Cinta Dari Tuhan.

Heliza kini bukan hanya aktif dalam bidang nyanyian berbentuk keagamaan, bahkan namanya juga kini cukup sinonim dengan bermacam-macam aktiviti kebajikan.

Dia sering menyertai misi kemanusiaan ke luar negara seperti Syr1a dan Pale$t1n selain Palu dan Lombok di Indonesia pada tahun lalu.

Pada masa, dia tidak lupa untuk membantu kanak-kanak dan golongan yang memerlukan di dalam negara.

Tidak sekadar menyumbang tenaga dan melawat golongan terlibat, Heliza sebelum ini turut menggunakan platform perniagaan tudungnya Heliza Guzelhive sebagai ‘jambatan’ untuk merealisasikan usaha itu.

Sebahagian hasil jualan label hijab eksklusif berkenaan akan diagihkan untuk membantu pesakit jantung kronik menerusi Yayasan My Prihatin.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

Kredit : gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *