- VIRAL

‘Rupanya Peserta Rockanova’ Tinggalkan Beruang Lapar Dalam Kondo

Kelmarin timbul cerita bila seorang  penyanyi wanita menerima padah apabila ditahan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) selepas didapati memelihara dan menyimpan seekor beruang matahari secara h4ram di dalam kondominiumnya, di Kuala Lumpur, semalam. Terdahulu, pasukan bomba dan PERHILITAN menyelamatkan haiwan dilindungi itu dalam sebuah kondominium milik selebriti yang berusia awal 20-an itu di Desa Pandan.

Memelihara haiwan liar tanpa sebarang dokumen yang sah serta kebenaran daripada pihak bertanggungjawab merupakan satu kesalahan. Oleh hal yang demikian, jika didapati memiliki haiwan tersebut, sesiapapun akan dikenakan tindakan undang-undang yang berat.

Beruang matahari panjat kondo sebab lapar

Semalam, seorang penyanyi wanita didapati telah memelihara seekor beruang matahari di kondominiumnya di Kuala Lumpur. Menerusi satu perkongsian oleh seorang wartawan dari Media Prima, haiwan liar tersebut telah memanjat tingkap kondominium dan sempat dirakam oleh seseorang.

Peserta Rockanova?

Beruang matahari yang dikatakan kelaparan kerana ditinggalkan oleh pemiliknya itu didakwa oleh netizen adalah kepunyaan Zarith Sofia Yasin, iaitu peserta rancangan realiti Rockanova terbitan stesen televisyen berbayar tahun lepas.

Simpan beruang dalam rumah

Kenyataan daripada Ketua Pengarah PERHILITAN, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim menerusi Sinar  Harian berkata, pihaknya menerima maklumat daripada jiran wanita itu berhubung penemuan beruang berkenaan sebelum melakukan pemeriksaan mengejut malam semalam.

“Serbuan dijalankan di sebuah kondominium di Desa Pandan. Hasil pemeriksaan, kami menemui seekor beruang matahari yang disimpan dalam sangkar di kediaman itu,” katanya.

Banyak-banyak binatang, beruang dibelanya…

Menjengah keruangan komen di Facebook sumber, rata-rata netizen mengecam tindakan penyanyi itu kerana memelihara haiwan liar tanpa kebenaran dan juga meninggalkan beruang tersebut tanpa penjagaan yang baik sepanjang berhari raya.

Masukkan je dia dalam kandang beruang…

Siapa penyanyi tu?

Kau tak ada rasa kasihan ke?

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber : mohd redzuan abd manap kredit : sinar harian via ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *