Home Petua Tips Meruntun Hati, Ibu Sempat Masakkan Bubur Terakhir Buat Anak Demam Sebelum M4ut...

Meruntun Hati, Ibu Sempat Masakkan Bubur Terakhir Buat Anak Demam Sebelum M4ut Dil4nggar Kereta

145
0

Pengorbanan seorang ibu dalam melahirkan dan membesarkan anak-anak dari sekecil tapak tangan sehingga dewasa tak mampu dibalas dengan segala yang ada di dunia ini.

Bagi setiap anak, tidak ada seorang pun dari kita yang bersedia untuk berdepan dengan pemergian ibu yang tersayang. Ditambah jika pemergiannya secara tiba-tiba, pasti akan meninggalkan kesedihan yang sangat besar dalam hidup.

Seperti perkongsian menyentuh hati oleh seorang pemilik akaun Facebook, Ila Syaziela menerusi Group MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL yang ternyata mengundang rasa sayu ramai sehingga menjadi tular di media sosial.

Ni bukan masak apa tak jadi, ni masakan terakhir arwah mak

 

Sekeping gambar bubur yang dimuat naik wanita ini memberi makna yang mendalam kerana itulah masakan terakhir ibu tersayang buat adiknya yang demam sebelum maut dilanggar kereta ketika hendak melintas jalan.

”Ni bukan masak apa tak jadi, tapi ni masakan terakhir arwah mak saya sebelum dilangar kereta ketika hendak melintas jalan pergi kedai semalam.

”Mak saya masakkan bubur untuk adik saya yang sedang demam. Harap kawan-kawan dalam group ni sudi sedekahkan al-fatihah untuk arwah mak saya, Salmah binti kadir, terima kasih,” tulis Ila Syaziela.

Perkongsian yang baru sahaja dimuat naik beberapa jam yang lalu itu telah meraih 93 ribu tanda suka dan 25 ribu komen oleh warganet yang memberikan kata-kata semangat dan mengucapkan salam takziah kepada pemilik akaun.

 

Rata-ratanya warganet yang terkesan dilihat tidak dapat menyembunyikan kesedihan. Semoga arwahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin.

 

Allahu sedihnya, salam takziah..

 

Semoga ibu tenang di sana, sabar dan redha..

 

InsyaAllah, syurga untuk ibu..

 

Sumber : siakapkeli

Previous article‘Saya Dpt Rasakan Anak Menahan Sak1t’. Ini Luahan Ibu Kanak2 MeninggI Dnia Tertinggal Dlm Kereta
Next article“Berbakul bakul Org Kvtuk Saya Jd Sy Block shj Instagrm tu” Aishah Tutup Instgram Tokti ? Ini Respon Aishah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here