Home Petua Tips Empat Individu Di K0mpaun RM10 Ribu L4nggar SOP, Individu Yg Pertama Tu...

Empat Individu Di K0mpaun RM10 Ribu L4nggar SOP, Individu Yg Pertama Tu Mmg Tak Disangka

145
0

SIBU: Empat individu dikenakan kompaun RM10,000 masing-masing selepas didapati mel.nggar prosedur operasi standard (SOP) pencegahan wbak COVID-19 dalam satu operasi pemantauan di Bandar Baru Sibu Jaya di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata mereka yang dikompaun termasuk seorang wanita berusia 23 tahun yang tidak memakai pelitup muka.

Tiga lagi merupakan pemilik premis, iaitu dua kedai gunting rambut dan satu kedai makan.

Pemilik kedai makan, iaitu seorang lelaki berusia 53 tahun, dikompaun selepas gagal menyelia dan mengawal pergerakan keluar masuk pelanggan, sementara dua pemilik kedai gunting, iaitu seorang wanita berusia 67 tahun dan lelaki, 32 tahun, didapati tidak menggunakan sarung tangan dan apron pakai buang, katanya.

Pada 11 Mac lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata nilai kompaun bagi pelanggaran SOP Perintah Kawalan Pergerakan dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM10,000 yang dikuatkuasakan menerusi pewartaan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

 

Terdahulu Kerajaan Mewartakan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengeluarkan kompaun RM10,000 kepada individu yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berulang, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Bagaimanapun, beliau berkata, jumlah sebenar kompaun dikenakan itu tertakluk kepada budi bicara Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) jika pesalah membuat rayuan.

Katanya, kerajaan mewartakan jumlah kesalahan kompaun terhadap mereka yang melanggar SOP sebanyak RM10,000 berbanding RM1,000 sebelum ini susulan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 yang diwartakan mulai jam 12.01 tengah malam tadi.

“Notis kompaun ditulis bernilai RM10,000 jika melanggar SOP, namun ia bergantung kepada budi bicara pegawai yang diberi kuasa iaitu PKD untuk menetap nilai sebenar kompaun dikenakan.

“Keputusan menaikkan nilai kompaun itu bagaimanapun bukan untuk menghukum orang ramai secara berlebih-lebihan atau membolehkan kerajaan mengutip wang daripada orang ramai,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, tengah hari tadi.

Abdul Hamid berkata, pindaan ini dibuat bertujuan mengingatkan orang ramai bahawa perang ke atas COVID-19 masih belum berakhir.

Beliau berkata, individu dikenakan kompaun boleh memohon rayuan kepada PKD untuk dipertimbangkan jumlah bayaran mengikut budi bicara.

“Kompaun maksimum RM10,000 ini hanya dikenakan kepada kesalahan berulang yang dilakukan.

“Kita akan mengesan individu yang melakukan kesalahan berulang menerusi sistem dibangunkan,” katanya.

Katanya, pesalah ini membabitkan individu yang tidak memakai pelitup muka, penjarakan fizikal, premis gagal menyediakan pengimbas suhu badan, cecair pembasmi kuman, bersesak dalam premis tanpa kawalan dan aktiviti hiburan tanpa lesen.

“Seperti saya sarankan sebelum ini, sasaran nilai tinggi adalah pesalah degil dan kesalahan berulang. Nama mereka sudah masuk dalam sistem.

“Ini yang patut dikenakan denda tinggi, tak semestinya RM10,000 dan ini bergantung budi bicara pegawai yang mengenakan kompaun,” katanya.

Sumber : astro awani,berita harian

Previous articleKompaun RM10 Ribu Ramai Tak Puas Hati. Sekali Ismail Sabri Jelaskan Sepenuhnya
Next articleTiga sekawan dari Malaysia terkedu. Brlaku sesuatu tak dijangka selepas tegur petugas s4man parkir di Sngapura

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here