Home Petua Tips Ada Terima Pesanan Dari Jirat Cina,Rider Sangka PenggaIi Kbur Yg Order. Namun...

Ada Terima Pesanan Dari Jirat Cina,Rider Sangka PenggaIi Kbur Yg Order. Namun Bila Sampai, Terus Terkedu Dia

203
0

Tugas sebagai seorang rider atau penghantar makanan sememangnya menuntut kesabaran yang tinggi terutama ketika berhadapan dengan kerenah pelanggan.

1001 kisah pernah diceritakan oleh mereka yang bergelar penghantar makanan, di mana adakalanya tular di media sosial.

Terbaru, seorang lelaki yang bekerja sebagai rider berkongsi pengalaman yang sukar dilupakan.

” Sepuluh kali saya menghubungi nombor telefon pelanggan misteri itu tetapi tiada siapa yang jawab,” .

Demikian kata-kata seorag penghantar makanan, Muhammad Khuzaimie Lemat yang menarik perhatian ramai.

Perkongsian Muhammad Khuzaimie, 23, di aplikasi TikTok miliknya mengenai pelanggan yang memesan makanan di kawasan jirat cina di Sungai Putat, Melaka, mendapat perhatian warganet.

Video berdurasi 59 saat itu menunjukkan Muhammad Khuzaimie berdiri keseorangan di lokasi perkvburan berkenaan sambil menunggu pelanggan.

Yakin pesanan dibuat oleh pelanggan yang sengaja bergurau

Berkongsi lanjut, Muhammad Khuzaimie yang sudah setahun menjadi penghantar makanan di sekitar Melaka berkata, dia yakin pesanan itu dibuat oleh pelanggan yang sengaja membuat gurauan memandangkan kaedah pembayarannya ialah bayar selepas terima atau ‘cash on delivery’ (COD).

Katanya, pelanggan yang tidak bertanggungjawab itu menempah nasi goreng USA, nasi goreng ayam, teh o ais dan sirap ais.

” Kjdian itu berlaku kira-kira 6 petang, 23 Januari lalu. Saya menunggu hampir 40 minit dan sempat membuat kandungan video mengenai kjdian itu kerana terlalu mrah.

” Pada mulanya, saya meneka itu pesanan daripada penggali kvbur tetapi tiada seorang manusia pun yang menunggu di situ,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Katanya, perkongsian di media sosial miliknya itu juga bertujuan bagi membuka mata masyarakat mengenai cabaran yang perlu dilalui penghantar makanan sepertinya.

” Sudah lebih 10 kali saya terkena dengan ‘prank order’ seperti ini dan jumlah paling tinggi syarikat alami kerugian adalah sebanyak RM120.

” Kjdian seperti tempoh hari lalu merugikan masa dan tenaga saya. Mujur, pesanan itu dibuat pada siang hari dan bukannya pada waktu malam,” katanya.

Katanya, taktik itu juga kemungkinan digunakan pnjnayah untuk menyamun ‘rider’ yang kebiasaannya mempunyai sekurang-kurangnya RM100 dalam tangan.

” Pada hari itu, saya takut juga, bukan takut hantu tapi penyamun. Kita tidak tahu siapa yang memesan makanan dan saranan saya berhati-hatilah.

” Bukan saja perlu berhati-hati ketika memandu tetapi juga ketika berjumpa dan berhubung dengan pelanggan,” katanya.

Muhammad Khuzaimie berkata, selepas tidak dapat menghubungi pelanggan itu dia kemudian memaklumkan masalah yang dihadapinya kepada pihak khidmat pelanggan untuk tindakan selanjutnya.

Sumber : hmetr0

Previous articleFeeya Iskandar berang dituduh abai anak kedua, bersikap seperti ibu tiri “Elok je aku layan anak aku… mulut macam apa!”
Next articleApa Aku Kena Mnangis Kat Pangkuan Kau Ke? Kau Tau Pulak Apa Aku Rasa – Zarina Anjoulie

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here