Home Petua Tips ‘Apa Guna Bini,Mintak Hantaran Mcm Nak Angkat Porche,Pinggan Suami Satu Pun Tak...

‘Apa Guna Bini,Mintak Hantaran Mcm Nak Angkat Porche,Pinggan Suami Satu Pun Tak Blh Basuh’ Tapi Ini Jawapan Pemuda Ini

255
0

PADA zaman kini, apa sahaja posting di media sosial pasti akan menjadi perhatian umum, apatah lagi sekiranya ia berkaitan isu sensitif.

Jika tersilap langkah, pasti akan menjadi sasaran netizen atau ‘makcik bawang’.

Begitulah nasib yang dialami oleh pelayar Twitter ini yang membuat perkongsian mengenai isu ‘suami cuci pinggan’ baru-baru ini.

“Dah kenapa suami nak kena basuh pinggan sendiri? Apa guna bini? Mintak hantaran macam nak angkat Porsche, pinggan suami satu tu pun takleh nak basuhkan. Baik takyah jadi isteri,” tulis pelayar tersebut.

 

Posting itu sehingga kini meraih sehingga 2,100 retweet dan 8,600 tanda suka.

Malah, perkongsian itu turut dibanjiri kec4man daripada netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa ger4m dan m4rah dengan kenyataan ciapan pelayar tersebut.

Posting Icap Mosh menjadi tvlar di Twitter baru-baru ini.

“Ini mesti sejenis sebelum kahwin semuanya mak atau adik beradik yang buat. Balik rumah tahu-tahu je semua dah kena hidang. Tak pun dimanja oleh mak,” komen seorang netizen.

“Kau kahwin sebab nak bibik ke? Kesian isteri kau rendah martabat dia jadi orang suruhan si suami peng0tor,” komen seorang netizen lain pula.

Bagaimanapun menurut pelayar Twitter yang hanya mahu dikenali sebagai Icap Mosh ini, sebenarnya ramai netizen yang tersilap faham dengan posting tersebut sehingga bertindak ‘menyer4ngnya’ di ruangan komen.

Jelasnya, ia adalah tweet berunsur sarcasm atau sarkastik yang mana ayat yang digunakan agak ‘p4nas’.

Sedangkan, dia hanya nak mahu lihat bagaimana reaksi atau behaviour netizen terhadap isu-isu p4nas.

“Ia lebih kurang satu eksperimen la dan saya dapat jawapannya. Saya hanya nak lihat sama ada mereka faham atau tidak, tapi mereka lebih kepada nak hentam kerana tak faham ia sarkastik.

“Ada segelintir yang faham ia adalah tweet sarkastik. Tapi saya langsung tak balas pun hent4man netizen.

Kalaulah saya seperti lelaki dalam tweet itu, pasti saya akan balas komen-komen kec4man mereka.

“Saya sendiri turut mencuci pinggan yang digunakan selepas makan, malah turut bantu ibu,” ujar pemuda berusia pertengahan 20-an ini yang juga seorang jurugambar bebas.

Isu ‘suami cuci pinggan’ yang pada mulanya dikongsi oleh netizen di Facebook.

Menurutnya, dia menjumpai perkongsian ‘suami cuci pinggan’ itu dari Facebook yang mana isu itu turut hangat dibincangkan di laman sosial berkenaan.

“Lepas ternampak di Facebook, saya fikir ia menarik untuk dibawa ke Twitter.

Nampaknya lebih ramai yang marah. Bagi saya, daripada mrah dan hent4m, apa kata kita come out dengan point dan solution yang bernas,” ujarnya yang berasal dari Kluang, Johor.

Bagaimanapun, pemuda ini berkata kecaman yang diterima daripada netizen langsung tidak membuatkannya ‘k0yak’.

 


Antara komen netizen yang meluahkan rasa ger4m terhadap tweet Icap Mosh.

“Sebelum buat posting itu, saya tahu ia ada pro dan kontra. Saya tak ada niat apa-apa pun, OK saja.

Malah ada seorang tweet famous ulang kicau semula posting itu, sebab tahu ia sarcasm.

Tapi terpulang kerana setiap orang ada pandangan masing-masing,” katanya.

Mengulas perihal isu ‘suami cuci pinggan’ dari sudut pandangannya, pemuda ini berkata setiap pasangan perlu saling memahami dan bertolak ansur.

“Senang saja… apa-apa pun, saling tolong menolong. Mungkin suami pelupa, tegur… jangan meng4muk atau g4duh.

Suami pun kena faham isteri juga.

Tak perlu jadikan perkara seperti ini isu besar,” ujarnya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : mstar

Previous articleSetakat Tengahari Direkodkan Peningkatan 428 Kees C0V 19,Esok Kerajaan Adakan Mesyuarat Khas Dan ‘Jika Peserta Tabligh Enggan Tampil Mereka Akn Dibvru’ – Menteri Kesihatan
Next article‘Tak Payah Buat Risau La Geng Tabligh Kalau Tak Kena C0V 19 pun Korang Lari Gak’ Padu S1ndiran Zulhandy Bl4ck

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here