Home Petua Tips Satukan Dua Budaya, Imam Masjid ‘Pelawa’ Sugu Pavirthra Masak Kari Kepala Ikan

Satukan Dua Budaya, Imam Masjid ‘Pelawa’ Sugu Pavirthra Masak Kari Kepala Ikan

1144
0

Kepetahan seorang wanita berbangsa India, Sugu Pavirthra bertutur dalam Bahasa Melayu bejaya menambat hati rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat umur dan kaum untuk menonton video masakannya di YouTube.

Kagum dengan dengan skill masakan YouTuber Sugu Pavirthra yang tampil dengan cukup ringkas dan bersedarhana, seorang imam di Alor Gajah berbesar hati menjemput suri rumah berkenaan menyediakan hidangan kari semasa sambutan Hari Raya yang bakal dianjurkan sejurus redanya wabak COVID-19 ini.

Imam Masjid Kampung Baru, Alor Gajah iaitu Norizanuddin Md Tahir berkata, tujuan pelawaan tersebut adalah untuk mengeratkan dan secara tidak langsung menjalinkan hubungan antara dua budaya.

Undangan tersebut dicadangkan untuk dilaksanakan pada hujung tahun ini sempena sambutan Hari Raya. Imam ini juga menjelaskan bahawa, dia terpaksa menangguhkan sambutan Aidilfitri sehingga hujung tahun ekoran pelaksanaan PKP.

Dia juga turut memuji pencapaian wanita tersebut dan berbangga kerana berjaya menggapainya kejayaan dalam jangka masa yang singkat.

Imam itu turut mengakui bahawa, dirinya suka melihat kemesraan serta sifat rendah diri yang ditonjolkan oleh Sugu Pavirthra dan suaminya ketika menyediakan hidangan di YouTube

Norizanuddin Md Tahir juga berharap agar Sugu Pavithra dapat membantu melatih para sukarelawannya dalam menyediakan juadah kari yang lazat untuk majlis berkenaan terutama lauk kari kepala ikan.

https://youtu.be/DV0q7jQMH7Q

“Ada ketika keluarga saya terpaksa berkongsi makanan dengan jiran Cina dan India kerana kemiskinan kita ketika itu.

Tambahan pula, Islam mengajar kita untuk bersikap adil kepada semua orang tanpa melihat status, bangsa, agama atau keturunan mereka.” Jelas Imam Masjid Kampung Baru ini.

Sumber : Borakdaily

Previous articleDah La Ta Bawa Dokumen Tiba2 Bagi Alasan Nak Ziarah Ayah Diabetes Tak Pasal Kena Kompaun RM1000
Next articleRisteena Beng4ng Kisah 30 Minit Tak Balas Mesej Dikec4m

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here