Detik Detik Hijrah Saudara Soon. Bersama Brother Firdaus Wong,Dr Kamilin Syahadahkan Sahabat Firdaus

Detik-detik hijrah saudara Soon. Antara kisah yang menghiburkan kami ialah, beliau cerita pernah kena mrah bila makan pada siang Ramadan sebab disangka sebagai melayu muslim, sedangkan beliau orang cina, sampai kena tunjuk IC.

Alhamdulillah tahun ini saudara Soon akan cuba berpuasa penuh di bulan Ramadan yang akan tiba sangat hampir.

 

Kita doakan beliau supaya dapat menjadi muslim yang baik.

Alhamdulillah sebentar tadi Allah beri kesempatan kepada saya untuk syahadahkan saudara baru kita bersama sahabat saya, brother Firdaus Wong Wai Hung di Multiracial Reverted Muslim (MRM).

Sangat gembira dapat berkhidmat memberikan serba sedikit penjelasan tentang Islam dan menjawab beberapa persoalan penting bagi saudara baru kita ini.

Macam-macam isu yang kami kongsi bersama dan banyak yang dapat saya pelajari tentang medan dan pendekatan dakwah.

Saudara baru kita ni orang cina, tapi tak nampak macam cina kan? Lagi-lagi diapit oleh dua orang yang muka macam cina. Brother Firdaus pulak kata muka saya nampak lagi cina dari bro Firdaus, betul ke?

Macam tak rasanya…

Moga saudara baru kita ini dan kita semua teguh istiqamah di atas agama-Nya.

fb : Dr. Kamilin Jamilin-

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*