Scha Alyahya Dedahkan Awal Ashaari Mahu Anak Lagi

Baru sahaja meraikan sambutan ulangtahun perkahwinan yang ke-9, pasangan selebriti Scha Alyahya dan Awal Ashaari dilihat bahagia melayari rumah tangga yang dibina pada 2012 itu.

Pada 6 Mei 2021, Scha telah memuat naik satu perkongsian menarik melalui Instagram beliau.

Baca artikel berkaitan: Lupa Tarikh Ulangtahun Perkahwinan, Rupanya Awal Ashaari Seorang Yang …

Foto terebut memperlihatkan Scha dan Awal bersama puteri-puteri mereka, Lara Alana dan Lyla Amina.

Melalui caption:-

“Awal 1, Awal 2 dan Awal 3. Dengar nya Awal 1 nak ada Awal 4..”

Menggelarkan Awal sebagai Awal 1, Lara sebagai Awal 2, serta Lyla sebagai Awal 3, Scha mendedahkan bahawa suaminya berkeinginan untuk memiliki Awal 4 pula.

Nampaknya Awal berminat untuk mengembangkan lagi saiz keluarganya.

Sementara itu, hantaran ini mendapat reaksi daripada orang ramai.

Ada yang merasakan masih terlalu awal untuk pasangan itu menimang cahaya mata lagi.

Namun, zuriat adalah satu bentuk rezeki juga.

Apa yang penting, Scha dan Awal dapat menjalankan tanggungjawab mereka sebagai ibu dan bapa yang bertanggungjawab.

Sumber: Instagram Scha Alyahya

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.hotfm.com.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*