- semasa

” Sebenarnya Saya Dibuang UITM”. Selamba Mat Sabu Mengaku Pasal Ni Buat Ramai Terkejut

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menafikan dakwaan beliau mempunyai ijazah palsu, dan berkata beliau memang tidak pernah tamat pengajian di universiti.

” Kononnya saya ada diploma atau ijazah kulinari. Dari dulu saya tak pernah sebut.

“ Sebenarnya saya dibuang ITM (Institut Teknologi Mara),” katanya seperti dipetik laman Free Malaysia Today.

Beliau berkata kemungkinan kemahirannya dalam memasak menyebabkan ramai menyangka beliau mempunyai ijazah dalam bidang itu.

Susulan dakwaan ijazah palsu yang melanda Timbalan Menteri Luar Marzuki Yahya, dakwaan serupa kepada beberapa menteri lain, antaranya Mohamad, turut disebarkan di media sosial.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu itu memang diketahui pandai memasak, dan malah kemahirannya itu mendapat pujian Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Mahathir sebelum ini berseloroh Mohamad belajar memasak di Taiping, merujuk kepada penahanannya di Kem Tahanan Kamunting bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada akhir dekad 1980-an.

Sekilas info tentang Mat Sabu yang ramai tak tahu

YB Haji Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu (lahir 14 Oktober 1954) adalah Menteri Pertahanan Malaysia dan ahli politik Malaysia dan memegang jawatan sebagai Presiden AMANAH,

Beliau pernah menjadi Timbalan Presiden Parti Islam Se-Malaysia dan kini Menteri Pertahanan Malaysia. Beliau telah dipilih ke jawatan tersebut pada tahun 2011 sebagai calon berfahaman sederhana menewaskan Nasharuddin Mat Isa.

Sebelumnya beliau telah pernah terpilih sebagai salah seorang dari Naib Presiden PAS. Beliau merupakan satu-satunya pemimpin yang bukan dari kalangan ulama yang terpilih menjadi timbalan presiden dalam tempoh 25 tahun.

Pada 13 Julai 2015 beliau melancarkan sebuah gerakan NGO bernama Gerakan Harapan Baru (GHB). Pada 31 Ogos 2015, Mohamad Sabu mengumumkan GHB mengambil-alih sebuah parti politik yang tidak aktif, Parti Pekerja-Pekerja Malaysia selepas usahanya untuk menubuhkan Parti Progresif Islam (PPI) telah ditolak oleh Kementerian Dalam Negeri yang kemudiannya ditukarkan menjadi Parti Amanah Negara (Amanah) yang beliau sendiri menjadi Presidennya yang pertama.

Mat Sabu amat terkenal dengan kebolehannya berpidato. Beliau pernah ditahan sebanyak dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri .

Rupanya ini latar belakang pendidikan Mat Sabu

Mat Sabu bersekolah di Pulau Pinang sebelum menyambung pelajaran jurusan bidang Seni Kulinari di Institut Teknologi MARA (kini Universiti Teknologi MARA; UiTM)

Penglibatan dalam arena politik

Tahun 1975 menyertai ABIM dan 1981 menyertai PAS. Beliau bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia 1982 di Dun Penanti tetapi tewas.Sekali lagi tewas kepada rakan ABIM nya , Datuk Seri Anwar Ibrahim di parlimen Permatang Pauh dalam Pilihan raya umum Malaysia 1986.

Apabila berhijrah ke Kelantan, beliau menang dalam Pilihan raya umum Malaysia 1990 di parlimen Nilam Puri. Sekali lagi menang di kerusi parlimen Kubang Kerian dalam Pilihan raya umum Malaysia 1995.

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1999 beliau menang di parlimen Kuala Kedah,Kedah. Tapi tewas lagi di Kuala Terengganu dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008 kepada Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail dan nenek Maimun Yusuf (89 tahun) . Razali memperolehi 32,562, dengan majoriti 628 undi.Mohamad Sabu (31,934 undi) dan Maimun (685 undi).

Beliau bersama rakan-rakan Gerakan Harapan Baru menubuhkan Parti Amanah Negara selepas mengambil alih Parti Pekerja-Pekerja Malaysia. Seterusnya Parti Amanah Negara membentuk Pakatan Harapan bersama Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

Kredit : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *