Home Petua Tips Segak Betul! Ini Wajah Ketika Muda 6 Ustaz Kesayangan Ramai

Segak Betul! Ini Wajah Ketika Muda 6 Ustaz Kesayangan Ramai

60
0

Pernah tak kita terbayang wajah kacak ustaz-ustaz sewaktu mereka muda? Ini antara penceramah bebas atau ustaz yang kita kenal. Mereka tak pernah jemu demi menyampai setiap perinci ilmu kepada kita.

Video

Walaupun kita jarang melihat mereka muncul di kaca tv, kita masih bersyukur kerana  masih dapat menonton ceramah mereka di pelbagai platform media sosial. Ini sedikit latar belakang mereka yang ada di dalam video di atas:

1. Ustaz Don Daniyal

Pernah menuntut di Universiti Al Azhar, Kaherah, Mesir, Ustaz Don mula dikenali ramai ketika diberi peluang mengendalikan rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don di saluran TV AL-HIJRAH.

Antara karakter beliau yang turut menarik minat orang ramai dari pelbagai peringkat umur ialah kemesraannya bersama masyarakat selain seorang yang senang didekati, ramah dan tidak lokek dengan ilmu.

2. Ustaz Wadi Anuar

Menetap di Sungai Petani, Kedah, pendakwah yang membina pengaruh kuat di platform media sosial Instagram dengan catatan lebih 390,000 pengikut menerusi nama akaun @ustazwadiannuar_official ini merupakan pengasas kepada institusi pendidikan dan kebajikan, Akademi Darul Iftak (ADI).

Namanya pernah tular di media rentetan kemalangan jalan raya yang menimpanya pada 3 Januari 2018 yang mengakibatkan dia berada dalam keadaan kritikal sebagai penumpang hadapan.

3. Ustaz Abdullah Khairi

Ustaz Haji Abdullah Khairi bin Haji Haroon. Beliau lahir pada 15 September 1968. Ustaz Abdullah Khairi pernah berkhidmat sebagai jurutera selama 9 tahun dan menjadi guru selama 16 tahun.

Ustaz Abdullah Khairi aktif menjadi penceramah di Radio Mutiara FM, Kedah FM, dan Radio IKIM. Beliau juga dikenali sebagai penceramah motivasi teknik belajar. Selain itu, beliau pernah dijemput menjadi juri dalam Program Pencetus Ummah pada minggu kedua.

4. Ustaz Abdul Somad

Prof. Ustaz Dr. H. Abdul Somad Batubara, Lc., M.A., Ph.D. atau juga dikenali sebagai Ustaz Abdul Somad lahir pada 18 Mei 1977) ialah seorang ulama dari Indonesia yang berasal dari kawasan Asahan, Sumatera Utara.

Beliau telah dikenali kerana syarahannya merujuk kepada pelbagai tajuk perbualan mengenai keagamaan, khususnya berkenaan dengan kajian-kajian hadis dan falsafah perundangan Islam/ilmu fiqah.

Di samping itu, beliau selalunya membincangkan pelbagai tajuk perbualan yang sedang sohor kini dalam sebuah khalayak ramai dan masyarakat tempatan seagama Islam, antaranya ialah yang mengenai perkara rasa kebangsaan.

5. Ustaz Ebit Lew

Ebit Lew, seorang pendakwah bebas yang namanya viral kerana terkenal dengan kerja-kerja amal dalam usaha membantu golongan masyarakat yang memerlukan dan berada dalam kesusahan.

Keprihatinannya menyumbang khidmat bakti menarik perhatian khalayak. Keperibadian dan sikapnya cukup disanjungi ramai.

6. Ustaz Kazim Elias

Datuk Ustaz Mohammad Kazim Bin Elias dilahirkan pada tanggal 28 November 1972 di Kampung Paya, Batu Kurau daerah Selama, Perak. Beliau merupakan anak kepada pasangan Elias Bin Che Mat dan Nazirah Binti Ismail.

Kesungguhan beliau menyampaikan dakwah melalui ceramahnya telah mula mendapat perhatian ramai. Rakan – rakan serta penduduk seperjuangan menubuhkan sebuah Pusat Pendidikan Islam di Kg Manjoi Ipoh Perak pada tahun 2005. Ia dikenali dengan nama Pusat Pendidikan Al Barakah.

7. Tok Guru Nik Aziz

Allahyarham Tok Guru Nik Aziz telah meningg4l dunia 5 tahun yang lalu pada 12 Februari 2015 yang telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan. Mesti ramai yang merindui insan ini yang selalu memberikan peringatan sewaktu hidupnya dan banyak menyumbang dalam aspek politik negara.

Sejak usia 9 tahun lagi, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Sumber : Youtube Belum Basi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.malaysiatime.me/

Previous articleOzlynn kongsi perbualan dengan anak, ded4h Johan selalu kunci jam untuk kejvt Ariq solat subuh
Next article“I’m Cry1ng Right Now…” Shila Amzah Beri Pes4nan Kepada Para Su4mi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here