Home Petua Tips Kena Tegur Gara-Gara Ucapan Valentines Day Buat Isteri, Sekali Ini Respon Edika...

Kena Tegur Gara-Gara Ucapan Valentines Day Buat Isteri, Sekali Ini Respon Edika Yusof

127
0

“Mintak maaf dalam Islam tidak ada hari Valentines day” tulis dari seorang individu ditujukan pada Edika Yusuf.Ini mendapat reaksi balas dari Edika Yusuf sendiri.

Pelakon Edika Yusof  menitipkan ucapan istimewa buat isterinya bersempena dengan sambutan hari kekasih atau lebih sinonim dengan panggilan Valentines Day.

Jelas Edika, dia akan sentiasa menyayangi isterinya itu bukan sahaja ketika Hari Valentines tetapi juga untuk selama-lamanya.

Malah, Edika turut menyifatkan kejayaan hidupnya selama ini banyak didorang oleh rasa cinta yang mendalam terhadap isterinya itu.

“I love you dis Valentine’s Day and always! I am a successful man because I love an incredible woman who always believes in me.

“You bring out my best, and your love completes me. Happy Valentine’s Day! 18th,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Mencari Kiblat itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di Instagram

 

Bagaimanapun, entri berkenaan nyata mengundang rasa kurang senang di hati seorang individu yang menyifatkan seseorang muslim tidak sepatutnya menyambut hari tersebut.

“Mintak maaf dalam Islam tidak ada hari Valentines day itu budaya orang kafir yang memperingati kematian sepasang kekasih iaitu Valentines dan kekasihnya mati bunuh diri pada 14 Februari,” jelasnya.

Melihat komen tersebut, ini reaksi balas yang diberikan oleh Edika;

“Terserah niat masing-masing. Kita tak ikut mereka kita just cara kita, InsyaAllah,” balasnya..

 

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Edika seorang yang sangat romantis selain turut mendoakan agar rumah tangganya akan berkekalan sampai bila-bila.

Untuk rekod, Edika dan isterinya, Nor Hidayah Yusri telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada Januari 2003.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan tiga cahaya mata, Nazirul Afiq, 21, Fardeen Nasrulhaq, 17, dan Fereena Nurulhaq, 16.

Sumber: Instagram Edika Yusof

Edika enggan cur4ngi isteri s4kit
KUALA LUMPUR: Sumpah setia aktor kacak, Edika Yusof, 53, terhadap isterinya tidak pernah dipersia-siakan, biarpun sering kali digoda wanita lain. Hatinya tidak sedikitpun tergugat.

Seperti diketahui, siapa mampu menolak kehebatan Edika, suatu ketika dahulu. Bukan sahaja memiliki wajah tampan yang menjadi kegilaan ramai wanita, malah menyusuri populariti menerusi filem Maria Mariana.

Bagi Edika, sebaik ijab kabul dilafazkan dengan pasangannya, Nor Hidayah Yusri, 43, dirinya bertanggungjawab sebagai suami.

Namun, hidupnya diuji ketika Nor Hidayah melahirkan cahaya mata kedua apabila menghidap penyakit meningitis hingga menyebabkannya koma, bisu, hilang deria pendengaran selama setahun, diikuti lumpuh separuh badan.

Edika tidak sesekali meninggalkan isterinya, malah terus setia di sisinya hingga mampu mempertahankan bahtera rumah tangga yang dibina selama 18 tahun.

Kesetiaan Edika terhadap isterinya membuatkan ramai mengagumi sifatnya itu. Wajah tampan dimiliki menyebabkan aktor kelahiran Kampung Baru, Kuala Lumpur itu kerap dibandingkan dengan selebriti yang suka bersikap curang terhadap pasangannya.

Bagaimanapun, bapa kepada tiga cahaya mata itu mengakui, kurang selesa apabila dirinya kerap dijadikan bahan perbandingan.

“Sebenarnya, saya tidak gemar apabila ada yang membandingkan saya dengan rakan selebriti lain. Bukan apa, saya kasihan rakan yang menjadi mangsa perbandingan. Soal setia mahupun curang bukan terletak pada rupa paras, tetapi rasa tanggungjawab.

“Cabaran sentiasa, pasangan yang berkahwin umpama dua makhluk asing yang tinggal dalam satu rumah. Tidak akan selalu sependapat dan setiap orang ada masalah tersendiri. Bagaimanapun, sebaiknya sah bergelar suami isteri bermakna kita harus menandatangani perjanjian berdepan dengan pelbagai dugaan hidup bersama-sama.

“Semua orang sama sahaja, cuma terserah kepada individu sama ada mahu bertanggungjawab ataupun tidak. Perkahwinan ibarat sebuah syarikat, sebaik sahaja bersetuju untuk membina syarikat, daripada tidak ada modal kita sama-sama membinanya hingga berjaya,” katanya kepada BH Online.

 

Hati Edika Yusof sedikitpun tidak tergugat dengan godaan wanita, lebih lagi ketika isterinya s4kit. – Foto IG Edika Yusof

Diperkenalkan menerusi filem Pelumba Malam pada 1989, Edika berkata, apa yang penting dalam menjaga keharmonian rumah tangga adalah kejujuran.

Sejak hidup sebumbung dengan isteri tercinta, Edika mendedahkan, dia tidak pernah menyorokkan sebarang rahsia daripada pengetahuan pasangannya.

Malah, katanya, dia tidak pernah menghalang isteri daripada memeriksa telefon bimbit, lebih lagi, tiada rahsia yang perlu disembunyikan.

“Sepanjang berkahwin, saya tak pernah menyorokkan sebarang perkara daripada pengetahuan isteri. Saya akui, cabaran amat besar apabila bergelar pelakon. Sentiasa ada wanita yang cuba mendekati saya.

“Sejak mula isteri sakit, saya sering menerima panggilan daripada wanita. Sampai sekarang masih ada yang menghantar mesej langsung dalam laman sosial, tetapi saya tidak melayannya. Ada antara mereka yang berani menghubungi saya, tetapi saya akan menyerahkan telefon kepada isteri untuk menjawabnya,” katanya yang sanggup membotakkan kepala selama bertahun-tahun kerana enggan diganggu.

Pelakon drama Puteri Yang Ditukar dan Pengantin Satu Malam itu berkata, dia melakukan semua perkara termasuklah menguruskan perniagaan percetakan, produk kecantikan dan menguruskan anak-anak bersama isterinya.

“Kerja rumah, memasak, membeli barang, bekerja, segala-galanya dilakukan bersama. Segala kekurangan dalam diri juga diperbaiki bersama-sama.

“Jadi, tiada apa yang perlu disorokkan dengan isteri. Bukan hendak berlagak hebat, tetapi semua ini kuasa tuhan. Cuma selagi boleh elak, saya elak. Ini kerana jika kita cuba sorok sesuatu, lambat laun Tuhan akan tunjuk juga,” kata Edika.

Hasil perkongsian hidup bersama Nor Hidayah, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Nazirul Afiq, 21, Fardeen Nasrulhaq, 17, dan Fereena Nurulhaq, 16.

Bagi Nor Hidayah, tipu jika sebagai isteri tidak merasa curiga. Namun, dia meletakkan sepenuh kepercayaan kepada suami kerana cukup mengenalinya.

“Edika, seorang lelaki yang sangat berterus terang. Jika ada perkara yang tidak kena, dia tidak akan menyorokkan perasaannya.

“Hendak kata tiada risau, sedikit sebanyak tentulah ada kerisauan. Cuma, saya meletakkan sepenuh kepercayaan kerana amat mengenalinya. Suami tidak pandai menyembunyikan perasaannya. Jika tak suka, dia akan berterus terang.

“Jika menyampah dengan seseorang, dia juga akan beritahu saya. Suami seorang yang sangat ‘gentleman’, semua hal dikongsikan dengan saya,” katanya.

Nor Hidayah berkata, dia tahu ramai yang cuma mendekati suami ketika dirinya terlantar. Malah, ada yang menyuruh suami berkahwin lagi.

“Saya tak tahu nak cakap macam mana, tetapi saya tak pernah berputus asa sejak hari pertama sakit. Mujurlah, saya tidak mengalami kemurungan.

“Bagi saya, tiada masa mahu termenung dan meratapi dugaan yang berlaku, sebaliknya, saya lebih memikirkan tanggungjawab terhadap anak-anak.

“Memang pernah terlintas difikiran suruh suami cari pengganti, tetapi mana-mana wanita tentu sukar untuk menerimanya. Tetapi, saya hanya fikir ‘move on’ dan terima sahaja,” katanya.

Sumber : trendingsangat

Previous articleLengkap 7 Hari slps Suntikan V4ksin Covit 19, Ini Respon Lelaki ini
Next articleEbit Lew Beri Sumbangan RM200 Ribu Pd 400 Orang Shj.Tapi dia beritahu Siapa Yg Akn Dapat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here