Home Petua Tips Adakah Lelaki Ni Org Pertama Kena Kompaun RM 10Ribu Sb Tak Ikut...

Adakah Lelaki Ni Org Pertama Kena Kompaun RM 10Ribu Sb Tak Ikut SOP. Sekali Najib Tampil Beri Komen

247
0

Semalam tular 1 gambar di media sosial menunjukkan sekeping surat saman atau surat kompaun kerana tidak mengikut SOP.

Sebelum ini denda hanyalah RM1000 sahaja tetapi bermula dari semalam kompaun telah dinaikkan maksimum RM10 Ribu. Bukan sikit sikit tue

Gambar yang tular di media sosial mendapat pelbagai reaksi netizen dan juga mendapat perhatian daripada bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak. Ini komen beliau.

Kompaun RM10,000 sebab gagal scan MySejahtera di kedai makan Bukit Jalil…

 

Polis terpaksa mengenakan kompaun sebanyak RM10,000 bagi setiap notis yang dikeluarkan.

Polis tiada kuasa untuk tulis kompaun yang lebih rendah (atau lebih tinggi) sebab terpaksa mengikut pindaan Ordinan Darurat dibuat kerajaan PN yang naikkan kompaun bagi sesiapa yang melanggar SOP.

Cara Ordinan tersebut digariskan kerajaan tidak membezakan kesalahan yang tidak sengaja dan tidak serius seperti lupa/gagal scan MySejahtera atau gagal pakai face mask dengan kesalahan yang amat serius seperti langgar kuarantin wajib atau rentas negeri tanpa kebenaran.

Ini satu lagi contoh kenapa langkah kerajaan wajar dibincang dan diluluskan dalam Dewan Rakyat terlebih dahulu supaya ianya lebih adil pada Rakyat.

Namun nilai kompaun RM10,000 ini masih boleh diturunkan mengikut budi bicara Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) jika pesalah membuat rayuan.

“Notis kompaun ditulis bernilai RM10,000 jika melanggar SOP, namun ia bergantung kepada budi bicara pegawai yang diberi kuasa iaitu PKD untuk menetap nilai sebenar kompaun dikenakan.” – Najib Razak

 

INI KENYATAAN KETUA POLIS NEGARA SEMALAM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengeluarkan kompaun RM10,000 kepada individu yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berulang, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Bagaimanapun, beliau berkata, jumlah sebenar kompaun dikenakan itu tertakluk kepada budi bicara Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) jika pesalah membuat rayuan.

Katanya, kerajaan mewartakan jumlah kesalahan kompaun terhadap mereka yang melanggar SOP sebanyak RM10,000 berbanding RM1,000 sebelum ini susulan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 yang diwartakan mulai jam 12.01 tengah malam tadi.

“Notis kompaun ditulis bernilai RM10,000 jika melanggar SOP, namun ia bergantung kepada budi bicara pegawai yang diberi kuasa iaitu PKD untuk menetap nilai sebenar kompaun dikenakan.

 

“Keputusan menaikkan nilai kompaun itu bagaimanapun bukan untuk menghukum orang ramai secara berlebih-lebihan atau membolehkan kerajaan mengutip wang daripada orang ramai,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, tengah hari tadi.

Abdul Hamid berkata, pindaan ini dibuat bertujuan mengingatkan orang ramai bahawa perang ke atas COVID-19 masih belum berakhir.

Beliau berkata, individu dikenakan kompaun boleh memohon rayuan kepada PKD untuk dipertimbangkan jumlah bayaran mengikut budi bicara.

“Kompaun maksimum RM10,000 ini hanya dikenakan kepada kesalahan berulang yang dilakukan.

“Kita akan mengesan individu yang melakukan kesalahan berulang menerusi sistem dibangunkan,” katanya.

 

Katanya, pesalah ini membabitkan individu yang tidak memakai pelitup muka, penjarakan fizikal, premis gagal menyediakan pengimbas suhu badan, cecair pembasmi kuman, bersesak dalam premis tanpa kawalan dan aktiviti hiburan tanpa lesen.

“Seperti saya sarankan sebelum ini, sasaran nilai tinggi adalah pesalah degil dan kesalahan berulang. Nama mereka sudah masuk dalam sistem.

“Ini yang patut dikenakan denda tinggi, tak semestinya RM10,000 dan ini bergantung budi bicara pegawai yang mengenakan kompaun,” katanya.

kredit : Awatttsyeikhh network

Sumber : BHARIAN ONLINE / NAJIB RAZAK

Previous articleTvlar Foto Budak Lelaki Mengajar Adiknya Baca Iqra Ditepi Jalan Smbil Jual Belon Buat Ramai Tersentuh
Next articleRakan Ni Dedah Watsapp Dihntar Ketua Kelas Bberapa Hari Sblum Kjdian. Tak Sngka Itu Ptanda Arwh Prgi Slmanya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here