Home Petua Tips Seorang Lelaki Pakai Gelang Pink Di Tahan Polis Di Pasar Raya,Sekali Isterinya...

Seorang Lelaki Pakai Gelang Pink Di Tahan Polis Di Pasar Raya,Sekali Isterinya Bagi Komen

265
0

Melaka: Polis menahan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) pendengaran yang memakai gelang merah jambu ketika dia membeli-belah di sebuah pasar raya di sini, malam tadi.

Lelaki berusia 43 tahun itu ditahan selepas beberapa pelanggan pasar raya berkenaan curiga dengan statusnya yang memakai gelang kuarantin Covid-19.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, selepas menerima maklumat, sepasukan anggota polis bergegas ke pasar raya berkenaan serta menemui lelaki berkenaan bersama isterinya.

“Wanita berusia 34 tahun itu mengaku sebagai isteri suspek dan memaklumkan suaminya OKU pendengaran.

“Hasil pemeriksaan, lelaki itu masih memakai gelang tangan berwarna merah jambu yang mana tempoh kuarantin adalah dari 30 September lalu sehingga 15 Oktober depan.

“Suspek juga gagal mengemukakan surat pelepasan perintah kuarantin Kementerian Kesihatan serta masih belum melakukan saringan kedua Covid-19.

“Susulan keadaan itu, suspek dipercayai melanggar perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) selama 14 hari,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Lelaki berkenaan ditahan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 22(b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit serta Peraturan 11(1) akta yang sama.

“Suspek dibebaskan dengan jaminan polis sehingga tamat tempoh kuarantin di rumah.

“Polis akan melengkapkan siasatan sebelum merujuk kepada timbalan pendakwa raya,” katanya.

Sumber : hmetro

Previous articleAkhirnya Tun M Ubah Fikiran
Next articleSetelah Dikritik Netizen , Najib Muncul Pertahan Menteri Agama Rupanya Ada Sebab

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here