Home Petua Tips Memang Tak Pernah Jd Mcm Ni Selama 800 Tahun. Disingkirkan Dari Jawatan...

Memang Tak Pernah Jd Mcm Ni Selama 800 Tahun. Disingkirkan Dari Jawatan Speaker, Ini Luahan Ariff

268
0

Setelah susulan berlaku kekec0han dengan beberapa ahli Parlimen pembngkang mempersoalkan usul pengosongan kerusi Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang dibawa Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ini berlaku pada hari pertama persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 yang bermula semalam penuh dalam suasana yang penuh hangat.

Sementara itu, Mohamad Ariff Md Yusof menyifatkan tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin menyingkirkannya sebagai speaker Dewan Rakyat sebagai tidak pernah berlaku di mana-mana negara sebelum ini.

” Apa yang berlaku sekarang di luar pada biasa dan saya tak tahu sama ada terdapat negeri-negeri lain melainkan Trinidad dan Tobago yang melakukan perkara sebegini.

” Trinidad usir speaker pada 1990-an sebab speaker itu lakukan kesalahan rasuah.

” Tapi tidak ada apa-apa contoh lain selama 800 tahun tak pernah seorang speaker diusir sebelum tamat tempoh satu-satunya parlimen,” katanya dalam sidang media di parlimen, hari ini.

Bagaimanapun, Mohamad Ariff berkata beliau menerima keputusan pengguguran itu dan menegaskan beliau tidak ada masalah untuk berundur.

” Saya sendiri tidak ada masalah sikit pun. Sejak dari awal lagi saya sudah beritahu saya akan keluar jika Perlembagaan Persekutuan dipatuhi.

” Ia telah dipatuhi iaitu terdapat usul dan undian dah diambil.

” Jadi akhir kata ahli-ahli parlimen yang putuskan. Bukan perdana menteri atau kabinet. Inilah sistem Perlembagaan Persekutuan kita,” katanya lagi.

Terdahulu, Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul untuk menggugurkan Mohamad Ariff sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Usul itu diluluskan melalui undi belah bahagian yang menyaksikan 111 ahli parlimen bersetuju manakala 109 lagi tidak bersetuju dengan usul berkenaan.

Mengumumkan keputusan undi berkenaan, timbalan speaker Mohd Rashid Hasnon juga berkata seorang ahli parlimen tidak hadir.

Usul itu dicadangkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin atas alasan terdapat pencalonan lain bagi jawatan speaker.

Perdana Menteri dijadual membawa usul mencadangkan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan aka Harun dipilih menjadi speaker mengikut Peraturan Mesyuarat 4(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat selepas ini.

Azhar Azizan Speaker Baru Parlimen

Dalam pada itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempertikaikan usul tersebut meminta perbahasan dibuat sewajarnya kerana membabitkan soal penting.

Anwar mencadangkan supaya Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Mohd Rashid Hasnon tidak menghalang ahli Parlimen berbahas.

” Saya cadangkan Timbalan Yang di-Pertua jangan ambil keputusan yang terlalu pantas dan gopoh untuk menghalang Ahli Parlimen berbahas. Ini soal besar bukan soal teknikal.

” Jadi tak ada sebab untuk kita hadkan dua orang, dan masa terbatas. Ini isu besar. Pertama kali berlaku dalam sejarah. Jawab dulu, sebelum saya bahas,” kata Anwar.

Sumber : limauais.pw

Previous articleDewan Rakyat ‘p4nas’ sebaik PM usul tukar Speaker dibawa
Next articleMasuk laluan bertentangan, lelaki B4ngladesh didakwa sebabkan kem4tian gadis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here