Home Petua Tips Erra Fazira selamat diijabkabulkan

Erra Fazira selamat diijabkabulkan

207
0

PUTRAJAYA  Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memuat naik beberapa keping gambar pengantin yang dikenali sebagai Erra Fazira diijabkabulkan hari ini.

Bagaimanapun menerusi perkongsian di laman Facebooknya, wanita berkenaan bukanlah figura ternama tanah air.

“Nama kebetulan sama, namun bukan individu yang disangka. Saya pun mula-mula terkejut. Ingatkan pelakon filem Sembilu,” tulisnya.

Menurutnya, majlis akad nikah wanita tersebut dan suaminya berlangsung di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) pagi tadi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Beliau turut menitipkan doa buat mempelai tersebut.

“Tahniah Puan Erra Fazira dan suami atas pernikahan sebentar tadi.

“Moga ikatan perkahwinan diberkati Allah SWT, berbahagia dengan pasangan masing-masing dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah,” katanya.

 

Sumber : Sinar

Previous articleBaru Je Ebit Lew Muatnaik Status Dedah Pasal TMJ Yg Tak Pernah Orang Tahu. Sekali TMJ Dtg Komen
Next article(Video) Mak Ayah Mninggal Mnjelang Hari Bahagia, Wanita Tahan Sebak Akad Nikah Sebelah Van Jenzah Bw Jsad Orang Tuanya Ke Kbur

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here