Home Petua Tips ‘Sah Suami Isteri’ Ernie, Syamel selamat diijabkabulkan

‘Sah Suami Isteri’ Ernie, Syamel selamat diijabkabulkan

175
0

PETALING JAYA – Hanya dengan sekali lafaz, pasangan duet popular, Ernie Zakri dan Syamel selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis ringkas sebentar tadi.

Ernie dinikahkan sendiri oleh bapanya, Zakri Ahmad sambil disaksikan jurunikah Ustaz Zainal di Masjid Puncak Alam, Shah Alam, Selangor pada pukul 10.30 pagi.

Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 29, menerima seutas gelang tangan berlian dan RM300 sebagai mas kahwin daripada pihak lelaki.

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan kedua-dua belah mempelai.

Pada majlis yang berlangsung secara sederhana dan hanya dihadiri keluarga terdekat, Ernie menerima lima dulang hantaran daripada pengantin lelaki berbalas tujuh dulang daripada pihaknya.

Terdahulu, pasangan itu mulai rapat selepas terbabit dalam program Duo Star terbitan Astro pada 2017.

Ketika itu Syamel dan Ernie menjadi pasangan duet dan muncul juara dalam program realiti terbabit.

Lebih menguatkan cinta mereka apabila diangkat sebagai pemenang trofi Vokal Terbaik menerusi single duet berjudul Aku Cinta pada Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) pada 2018.

Mereka mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos tahun lalu.

 

Menjengah ke laman Instagram mereka, kedua-dua penyanyi terkenal ini telah memuat naik foto mereka berdua dengan kapsyen

Majlis Pernikahan Syamel ❤️ Ernie Zakri 26.03.2021

 

 

antara artis artis yang ucapkan tahniah

 

Sumber kosmo

Previous articleBapa Pura Pura Letak Hadiah Dlm Kotak Mask Je,Gadis Tak Sangka Bapa Hadiahkan Gelang Emas
Next articleAbg Tak Mahu M4ti Lg, Nk Jaga Mama’ – Kanak2 Hidp Knser Sring Mimpi Didatangi Rakan Sudah MeninggI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here