- TIPS

Semalam Saya Nampak Wajah Isteri Saya Redup Dan Lesu dan Rupa-rupanya Ini Yang Berlaku

Nukilan dari Dr Taufiq Razif seorang doktor yang berkongsi ilmu  Kanak-kanak dan Rumahtangga….

Dr Taufiq Razif –  Seorang Doktor Yang Suka Berkongsi Ilmu Kesihatan, Bisnes & Rumahtangga

Semalam saya nampak wajah isteri saya redup dan lesu..Rasa tak sedap hati. Terus saya tanya direct pada si dia ” sayang ada apa apa nak luah kat abang? Sayang luah je. Abang sedia dengar ” Tiba-tiba je selambak air matanya berhamburan keluar. Mengalir deras di kedua kelopak matanya. ” Nabila penat je bang ” Saya pun apa lagi. Tiba tiba je jadi Profesor serba tahu. Mencadangkan berbagai jenis solusi untuk hilangkan kepenatan isteri saya. Yelah, isteri saya kan doktor.Nampak je macam pegang stetoskop tak buat apa apa tapi dengan beratus pesakit setiap hari memang membuatkan dia kelelahan. ” Abang. Nabila tak perlu tu semua. Abang mendengar pun dah cukup dah. Terima kasih abang ” Perlahan lahan wajahnya nampak berseri dan tenang. Seolah semua kepenatan tu hilang! Allah. Saya tersentak dan sebak! Air mata saya pula nak bergenang. Rupanya selama ni dia tunggu saya bertanya je! Inilah isteri kita semua. Dia nak kita sensitif dengan dia punya emosi. Dia nak kita tanyakan kepenatan dan keserabutan yang dia hadapi di rumah setiap hari. Tanya! Itu kuncinya! Yang mana selama ni tak pernah bertanya pada isteri, tanyalah hari ni! Tak perlu banyak. Cukup tanya soalan ni je ” Sayang, ada benda tak sayang nak luah kat abang? Abang sedia nak dengar apa yang sayang pendam ” InsyaAllah keesokan harinya, hubungan anda akan tiba tiba segar dan mekar kembali. Cubalah sendiri 😉 Taufiq Razif,
Siap sedia menadah telinga
 Untuk orang yang dia cinta Nasihat Dari Dr Taufiq Razif pada Para-para Suami.. Wahai suami
 Bawalah anak dan isterimu bercuti
Ya, ku tahu kamu sibuk ke sana ke sini
Pening dengan urusan mencari rezeki
Tapi ketahuilah wahai suami
Anakmu itu rezeki
Isterimu juga rezeki
Mereka lebih berhak untuk disyukuri
InsyaAllah suami yang membahagiakan ahli keluarga
Akan dilancarkan urusannya
Akan dimudahkan pekerjaannya
Akan dimurahkan rezekinya Bahagiakanlah keluarga
Ketika mereka masih ada
Gembirakan mereka
Ketika mereka masih di sisi kita
Jangan sampai ianya menjadi penyesalan buat diri 
Ketika mereka sudah tiada disisi…

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

sumber : Dr Taufiq Razif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *