- VIRAL

‘Sembunyi Dalam Ruang Tayar Pesawat ‘ Walaupun Berjaya DiTahan Lelaki Ini Jelaskan Kenapa Dia Buat Begitu

BAYAN LEPAS: Seorang lelaki warga Indonesia nekad menceroboh kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dan bersembunyi di dalam ruang tayar sebuah pesawat kargo kerana mahu pulang ke negaranya.

Bagaimanapun tindakannya itu dikesan pihak berkuasa selepas kelibatnya disedari seorang juruteknik yang sedang membuat penyelengaraan pesawat berkenaan kira-kira jam 9.58 pagi Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya DSP Jafri Md Zain berkata, juruteknik itu ternampak lelaki Indonesia berusia 39 tahun itu keluar dari tempat persembunyian sebelum memberitahu pasukan kawalan keselamatan untuk tindakan lanjut.

Ekoran itu, lelaki berkenaan ditahan pasukan kawalan keselamatan sebelum diserahkan kepada polis kerana tindakannya menceroboh kawasan larangan.

Hasil siasatan, lelaki yang bekerja di sebuah premis memproses ayam di Balik Pulau sejak sembilan bulan lepas mengaku bertindak demikian kerana mahu pulang ke Medan, Indonesia namun tidak mempunyai wang yang cukup berikutan majikannya tidak membayar gajinya sejak dua bulan lepas.

Menurutnya Jafri, lelaki berkenaan menceroboh masuk ke kawasan lapangan terbang berkenaan melalui pagar yang berlubang berhampiran tanah perkuburan di Permatang Damar Laut dan berjalan menuju ke pesawat yang di parkir jam 12 tengah malam .

Dia kemudian bersembunyi di bahagian tayar pesawat kargo berkenaan sejak awal pagi sebelum keluar dari tempat persembunyian berkenaan selepas terdengar suara juruteknik tersebut.

Suspek direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat menurut Seksyen 7 Akta Kawasan Larangan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih,Kekasih Jiwang

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kekasih Jiwang

sumber : astroawani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *