Home Petua Tips Sering kongsi kisah wanita dan cinta, tapi ramai lebih berminat tengok wajah...

Sering kongsi kisah wanita dan cinta, tapi ramai lebih berminat tengok wajah ala bintang Korea jejaka ini – “Saya tanya kawan kena perli, malu” – Viral | mStar

214
0

LAIN content yang dibuat di aplikasi TikTok, lain pula yang diperhatikan netizen.

Begitulah yang dialami seorang pemuda yang sering menyuarakan pandangannya mengenai wanita serta hubungan cinta di aplikasi itu.

So saya tengah pandang orang yang kecewa sebab crush dia ada orang lain. Tabah, kuatkan semangat…” ujarnya menerusi satu video.

Menerusi ruangan komen, terdapat pandangan yang mengatakan wajahnya iras pelakon dan penyanyi dari Korea Selatan, Lee Seung Gi sehingga dipersetujui rata-rata netizen.

Pemuda berkenaan, Muhammad Fakhrullah Abdul Halim memberitahu, dia mulanya tidak mengenali bintang Korea itu sehingga videonya dihujani komen mengenai persamaan tersebut.

Lebih dikenali sebagai Ejaz, katanya, dia kemudian memuat naik satu video bagi memaklumkan wajahnya tidak seriras dengan Lee Seung Gi seperti yang dikatakan.

“Bagi saya, taklah sama. Bila tanya kawan-kawan, siap kena perli. Rasa malu, kelakar pun ada. Mungkin persamaan tu pada senyuman kami yang manis kot.

“Tiba-tiba ramai pula yang DM (mesej secara langsung) pasal wajah Korea tu. Siap ajak keluar makan pun ada. Kebetulan drama bersiri Mouse lakonan Lee Seung Gi pula kini sedang ditayangkan, memang hot la jadinya,” katanya kepada mStar.

Ejaz berpendapat wajahnya tidak seiras Lee Seung Gi seperti yang dikatakan netizen.

Ejaz yang berusia 25 tahun berkata, dia mula berkongsi pandangan mengenai wanita selepas mengalami putus cinta dan mahu berkongsi pengalaman pahitnya itu.

“Dah lama break, dah move on pun. Tiba-tiba orang tu datang balik dalam hidup saya dan cuba nak kembali rapat. Saya cuba menjauhkan diri dan move on buat kali kedua.

“Sebelum kes itu pun saya pernah bercinta dengan seorang gadis ni. Saya rancang nak buat kejutan untuk merisik dia ketika saya sekeluarga pergi bercuti ke Kelantan, tapi rupa-rupanya dia ada orang lain… memang kecewa,” ujar anak kelahiran Kuantan, Pahang itu.

Ejaz kini mengikuti pengajian ijazah sarjana muda multimedia.

Menurut anak sulung daripada empat beradik itu, dia menganggap hubungan tidak kesampaian itu sebagai asam garam dalam kehidupan.

Enggan menoleh lagi, pelajar Ijazah Sarjana Muda Multimedia di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) terus berkongsi video-video mengenai pandangannya mengenai wanita dan perhubungan sebagai motivasi kepada pengikutnya.

“Pada masa sama, saya ni kelakar dan kalau dia boleh layan perangai gila-gila saya, baguslah. Saya ni banyak cakap, kalau dapat yang banyak cakap pun best juga,” ujarnya sambil menambah dia merupakan pencinta kucing dan membela 18 ekor kucing jalanan.

Ejaz dengan sebahagian kucing peliharaannya.

Namun Ejaz yang berpengalaman sebagai guru ganti di sekolah rendah berkata, apa yang penting adalah seseorang itu perlu berani untuk mengambil langkah seterusnya dalam perhubungan.

“Tak kira lelaki mahupun perempuan, jangan terlalu berharap atau bagi harapan sebab nanti diri sendiri yang kecewa kalau apa yang diingini tidak kesampaian.

“Kita juga kena kenal hati budi dia dulu untuk pastikan dia yang kita cari benar-benar bersedia untuk kita dan berani untuk ke langkah seterusnya,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.mstar.com.my/

Previous articleNetizen Mahu Nadia Brian, Zizan Razak Bercinta
Next article“Alhamdulillah, Class Vokal Is D0ne..” Bakal Keluarkan Lagu Raya Jumaat Ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here