- VIRAL

Setelah Penantian, Akhirnya Abam Muat naik Gambar Telinga Bayi

Selepas beberapa jam menanti kelahiran anak sulungnya, akhirnya pelawak terkenal, Abam Bocey, telah mendapat seorang anak lelaki sebentar tadi. Isteri Abam telah selamat melahirkan anak mereka  di Hospital Selayang dibantu oleh doktor dan juga jururawat yang bertugas.

Dah jadi ayah…

Abam telah memaklumkan berita  gembira itu menerusi akaun Instagramnya dan turut meluahkan rasa syukur diatas kurniaan yang tidak terhingga ini.

Berdebarnya….

Pada petang tadi, pelawak tersebut ada memuat naik beberapa posting di Instagram apabila isterinya mulai menunjukkan tanda-tanda ingin bersalin. Dia turut meluahkan rasa debarnya ketika menanti kelahiran anak sulungnya itu di IG story.

Syukur.

Tahniah Abam! Comel telinga

Walau bagaimanapun, Abam masih tidak memperlihatkan wajah anak sulungnya itu dan hanya memberitahu jantina bayi sahaja. Dia juga sempat mengucapkan syukur kehadrat Illahi atas kelahiran buah hati dia dan pasangan.

Menerusi muat naik tersebut, rata-rata warganet telah mengucapkan tahniah atas pertambahan ahli keluarga baru Abam. Mereka turut mendoakan agar bayi dan isterinya dalam keadaan sihat.

Seronoknya dapat baby!


Alhamdulillah


Tahniah Abam & isteri

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page Kekasih Jiwang.

Sumber : Abam Bocey

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *