Home Petua Tips Sheera Iskandar Selamat Bergelar Isteri Anggota Polis

Sheera Iskandar Selamat Bergelar Isteri Anggota Polis

64
0

Pelakon Sheera Iskandar menamatkan zaman janda apabila selamat bergelar isteri kepada anggota polis, Mohd Halim Abdul Gani dalam satu majlis berlangsung di Kuala Lumpur, petang tadi.

Pasangan itu dinikahkan jurunikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Muhammad Firudz Saderi dalam majlis tertutup yang dihadiri kira-kira 70 tetamu mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Pada majlis tersebut, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM1,000 beserta dulang hantaran satu berbalas satu.

Berkongsikan detik perkenalan, pelakon Gerak Khas itu mula mengenali suaminya ketika penggambaran drama bersiri tersebut pada tahun 2019.

Sheera atau nama sebenarnya Tengku Shahira Ilani Tengku Iskandar sebelum ini pernah berkahwin dengan Abdullah Harun pada 2015 namun bercerai pada hujung 2018.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.rotikaya.com/

Previous articleDrama ‘Nur’ Kembali Ditayangkan Di 2 Stesen TV Indonesia Selepas Terima Desakan Peminat
Next articleMuat Naik Foto Berdua, Ramai Doak4n Keb4hagiaan Aliff Aziz & Bella Astillah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here