- AGAMA

Siapa Lebih ‘Hensem’ Antara Nabi Yusuf Dengan Rasulullah SAW? Ini Jawapan Ustaz Nazri

Assalamualaikum..

Jika kita ditanya, siapakah nabi Allah yang paling kacak di dunia?

Mesti ramai yang akan menjawab Nabi Yusuf yang paling kacak..

Sebenarnya, ada lagi satu fakta menarik yang kita tidak pernah ketahui sebelum ini.. Ia
diceritakan oleh seorang ustaz..

” Ketampanan Nabi Yusuf mampu membuat wanita terpotong jarinya, tetapi..

” Ketampanan Nabi Muhammad sehingga tertusuk hati manusia apabila memandang wajahnya.”

Lihat video di bawah

Berdasarkan ulasan dari Ustaz Nazri Karim ( video di atas), antara nabi Muhammad dengan nabi Yusof siapa lagi ‘handsome’? Jawapannya adalah, nabi Muhammad SAW. Tetapi..

” Kehenseman nabi Muhammad tidak menimbulkan fitnah macam nabi Yusof. Nabi Yusof tu hensem tetapi menimbulkan fitnah, nabi Muhammad hensem dia orang perempuan kalau tengok, mungkin timbul juga perasaan nak buat suami tapi tak sekuat macam nabi Yusof.

” Orang perempuan tengok ( nabi Muhammad) macam sayang anak dengan ayah..gitulah kesayangan seorang pemimpin, sayang kepada nabi macam tu. Bukan tiada perasaan kalau lah aku jadi bini nabi untungnya aku..bukan tiada rasa macam tu tapi tidak sedahsyat nabi Yusof.

” Nabi Yusof kalau orang tengok…”

Ini adalah jawapan saya apabila saya ditanyakan nabi Allah yang manakah paling tampan. Maknanya, Nabi Muhammad itu sendiri lebih tampan berbanding nabi Yusuf.

Ia terbukti apabila ulama Yahud1 itu sendiri memeluk Islam apabila pertama kali bersua muka dengan Rasulullah s.a.w lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apayang disampaikan oleh Baginda..

Berikut pemaparan dari para sahabat Rasulullah saw tentang “Penampilan dan Ketampanan Rasulullah Saw” :

1) Imam Ghazzali ra’ Ihya Ulum-Id-Din :

” Rasulullah saw. memiliki jasmani yang tampan. Sebagian orang menyatakan senyuman beliau seindah bulan purnama. Hidungnya tipis. wajahnya halus. janggutnya tebal. lehernya indah. jika cahaya matahari menyinari lehernya, hal itu tampak seperti campuran antara perak dan emas. bagian diantara pundaknya begitu lebar”.

2) Dari Anas bin Malik ra :

“Rasulullah, tidak terlalu tinggi atau pendek. beliau tidak pucat pasi atau pun gelap. tidak memiliki rambut keriting atau pun lurus. Allah mengutusnya sebagai Rasul pada umur empat puluh. Beliau tinggal di Mekah selama sepuluh tahun dan di Madinah selama sepuluh tahun dan Allah Yang Maha Agung, mengambil nyawa beliau pada usia enam puluh. Tidak lebih dari dua puluh uban yang berada di rambut dan janggutnya. Semoga Allah memberkahi dan memberi kedamaian padanya”.

3) Shamaa-il Tirmidhi ra :

“Rasulullah saw. begitu bersih, rapi, indah dan tampan”.

4) Bara’ bin Azib r.a :

” Aku tidak pernah melihat seseorang yang lebih tampan daripada Rasulullah saw. Rambut beliau panjang sampai ke bahunya. Bahagian di antara bahunya begitu lebar. Beliau tidak terlalu tinggi ataupun pendek “.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

Kredit : FB Cerita maklumat hiburan kitani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *