- PENGETAHUAN AM, semasa, VIRAL

Subhanallah  Anda nak dengar Pelajar cina yang dapat 8A UPKK baca surah al-Ikhlas

Subhanallah سُبْحَانَ اللّهُ … Kejayaan luar biasa Por Hui Ling dari Taman Desa Jaya Kampung Gong Pak Damak, Kuala Nerus adalah satu bukti bahawa Islam terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin mempelajarinya walaupun dari agama dan bangsa berbeza. Pelajar berbangsa Cina Hokkien dan beragama Buddha tersebut berjaya memperolehi keputusan 8A dalam Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) diumumkan Selasa lepas dari Sekolah Kebangsaan Tok Jiring SKTJ. Tahniah saya ucapkan kepada Hui Ling atas kejayaan beliau. Ini menjadi titik permulaan bagi membuka peluang kepada semua untuk mendalami ilmu Islam dengan lebih baik.

Syabas kepada ibubapa beliau yang memberikan sokongan dan galakan sehingga meletakkan Hui Ling antara 57 daripada 138 murid yang menduduki UPKK memperoleh 8A di SKTJ pada tahun 2018.

Penguasaan membaca dan menulis jawi menjadi satu warisan Melayu bahkan boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja agar warisan ini tidak hilang ditelan zaman.

Buat guru-guru yang mengajar, tanggungjawab kalian mendidik anak bangsa adalah peranan utama dalam menentukan hala tuju negara akan datang.

Sekian.

Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

Saksikan video pelajar cina yang dapat 8A ujian penilaian kelas kafa (UPKK) Por Hui Ling, membaca surah Al Ihklas bersama abangnya dgn lancar…

Video

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newscoviral

Sumber : Telagananbiru

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *