Home Petua Tips Bila Je Umum Mansuh Syarat i-Sinar. Sekali Ini Respon Padu Najib Sampai...

Bila Je Umum Mansuh Syarat i-Sinar. Sekali Ini Respon Padu Najib Sampai Raih 7k Komen Dlm Masa Sejam

113
0

” Pendapat saya ialah ini lebih adil tapi kita perlu tengok perlaksanaannya.” antara tulisan Datuk Seri Najib di halaman fb nya hinggakan hampir melebihi

7K komen antara netizen berkenaan keadaan semasa I Sinar.

Akhirnya dalam proses mansuh syarat i Sinar

Akhirnya rakyat Malaysia mendapat berita baik apabila Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang dalam proses memansuhkan syarat kemudahan i-Sinar.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ia berikutan nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya KWSP menambah baik inisiatif itu selepas mengambil kira maklum balas pihak awam.

Tengku Zafrul menjelaskan bahawa langkah tersebut diharap dapat membantu ahli-ahli KWSP mengharungi cabaran semasa akibat pandemik Covid-19.

” Pemansuhan syarat bagi kemudahan i-Sinar ini akan membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1 mereka tertakluk kepada baki yang sedia ada.

” Bagi ahli yang telah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan mereka akan diluluskan secara automatik tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, KWSP memaklumkan bahawa jumlah pengeluaran dari Akaun 1 serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan akan kekal, iaitu bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000.

” Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

” Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000,” katanya.

Menurut Tengku Zafrul, berikutan perubahan yang perlu dilakukan kepada sistem dan proses dalaman i-Sinar Online, KWSP memerlukan masa yang mencukupi untuk melaksanakan pembaharuan tersebut.

” Pengumuman lanjut akan dibuat dalam masa terdekat oleh KWSP, dan kerajaan amat menghargai kesabaran dan pertimbangan ahli sementara perubahan sistem ini dilaksanakan.

” Ahli juga dinasihatkan agar merujuk maklumat sahih daripada KWSP melalui saluran-saluran komunikasi rasminya dan sentiasa berwaspada dengan maklumat yang tidak sahih dan bertujuan untuk menipu atau mengelirukan ahli,” ujar beliau.

Ini respon padu Najib, raih 3k komen dalam masa 30 minit

Sementara itu, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat memberi respon beliau kepada pengumuman pemansuhan syarat kemudahan i-Sinar tersebut.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Najib seakan berpuas hati dengan pengumuman terbaru itu dan menyifatkan ia lebih adil.

” Akhirnya syarat pengeluaran I-Sinar KWSP dihapuskan hampir 5 bulan setelah kita tuntut secara berterusan dan setelah ramai mencari bukti-bukti dokumen secara sia-sia selama 2 bulan.

” Namun ianya bukan one-off sehingga RM10k tapi bayaran pertama adalah sehingga RM5k bagi mereka dengan baki simpanan di bawah RM100k.

Menariknya, status dimuatnaik oleh Najib menerima komen luar biasa ditinggalkan netizen apabila meraih lebih 3 ribu komen dalam masa kurang setengah jam.

Selain itu status itu juga meraih 32k tanda suka dan 3.7k perkongsian.

Sumber:fb Najib Razak

Previous articleAnak Sedih Lihat Bapa Menahan Sakit Setiap Hari.”Menurut Pakar Sakit Abah Tdk Blh Dirawat” – Anak
Next article‘Waktu Subuh Dtg Tapi Zohor Tak Dtg’ Anak Tak Sedap Hati Pd Ayah.Rupanya Ini Berlaku Pd Ayah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here