“Abeyy timbul la Syg Rindu Nii” Baru 6 Hari Kahwin Suami Dipercayai Lem4s Mandi Sungai

Hilang dimata dihati jangan tapi kalau orang kita sayang tiba tiba hilang mari rasa sedih dan timbul lah perasaan rindu yang mendalam terutama pasangan

suami isteri yang baru mendirikan rumahtangga.

Beberapa hari seorang lelaki dikhuatiri lem4s semasa mandi di Sungai Petuang, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu petang semalam, lapor Bernama.

Lebih memilukan apabila mangsa, Ami Azzizol Abu Bakri baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama isterinya Syarifah Ramli enam hari lalu.

Menerusi laman Facebook, berita duka itu dikongsi kakak ipar mangsa Asma Ramlee dengan memuat naik sebuah posting berdoa agar urusan pencarian Ami atau dikenali sebagai Ijo dipermudahkan.

Tiada daya upaya kami selain Allah

Antara ciapan kakak ipar di fb

Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusan pencarian mangsa disana… Tiada daya upaya kami selain dgn pertolonganMu…Dik Bintu Ramlee Al Hafizah kuat smngt yer dik,.. Redha dgn segala kemungkinan 

Adik ipar sy lemas di Tasik Kenyir mlm td, jasadnyer msih belom ditemui…bru 6hri dorg kawen berat ujian ni buat kami sekeluarga…

Mnta kwn2 doakn urusan pencarian mangsa dpermudahkan… Aamiin ya rabbal alamin 

 

 

 

“Adik ipar saya lemas di Tasik Kenyir, jasadnya masih belum ditemui. Baru 6 hari dorang kahwin, berat ujian ni buat kami sekeluarga.
“Minta kawan2 doakan urusan pencarian mangsa dpermudahkan… Aamiin ya rabbal alamin,” tulisnya dengan berkongsi gambar pengantin baru.

Selain itu, beberapa tangkapan skrin status WhatsApp dipercayai luahan hiba isteri mangsa yang berusia 22 tahun itu turut tular sehingga mengundang sebak orang ramai.

Mohon doa semua

Luahan isteri

 

Timbul la… sayang rindu ni

 

 

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata beberapa saksi termasuk ahli keluarga dikatakan melihat mangsa berenang dari sebuah rumah rakit untuk mandi di sungai berkenaan.

Namun tidak lama kemudian, saksi dikatakan nampak mangsa terkapai-kapai meminta tolong dipercayai mengalami kekejangan otot.

“Seorang daripada saksi terbabit yang juga anak pemilik rumah rakit, dikatakan cuba memberi pertolongan tetapi hampir lemas kerana mangsa memaut belakangnya,” katanya.

Susulan itu, mangsa yang berasal dari Dungun dilaporkan terus tenggelam dan tidak dapat diselamatkan. Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih giat dijalankan.

Sumber OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*