“Tak hina menyewa, tapi sampai bila kita nak menumpang atas tanah air sendiri?”, wanita kongsi cara golongan B40 dan M40 miliki rumah pertama

Pada zaman kini, rumah dan kenderaan merupakan keperluan yang tidak asing lagi untuk masyarakat di Malaysia. Ramai yang berlumba-lumba untuk membeli aset hartanah dan juga kenderaan.

Tetapi malangnya masyarakat di Malaysia dilihat lebih gemar menghabiskan wang untuk kenderaan berbanding dengan rumah. Ada yang berpendapat harga rumah pada masa sekarang sudah tidak masuk dek akal kerana harga yang terlampau tinggi.

Adakah harga rumah di Malaysia akan turun 50% pada tahun 2021?

Ada juga yang berpendapat kenaikan gaji tidak sepadan berbanding kenaikan harga rumah. Bagi mereka, biarlah mereka membeli kenderaan baru dan hidup menyewa kerana dengan gaji yang sekarang, mereka tidak akan mampu untuk memiliki sebuah rumah.

Harga rumah yang tidak terkawal juga menyebabkan rumah-rumah yang dijual sekarang hanya mampu dimiliki oleh golongan-golongan T20.

Semalam tular satu video di media sosial seorang wanita mendedahkan betapa ramainya orang dari negara jiran kita yang “membeli-belah” hartanah di negara kita disebabkan orang kita sendiri tidak mampu untuk memilikinya.

Menurut akaun TikTok @shara_ismail_ , kebanyakan orang Singapore dan Brunei akan membeli hartanah di negara kita kerana harga yang murah disebabkan nilai ringgit kita yang semakin lemah.

Menurutnya lagi, antara sebab utama rakyat Malaysia tidak mampu memiliki hartanah sendiri adalah disebabkan bayaran pendahuluan ataupun deposit 10% yang perlu disediakan untuk memiliki sesebuah rumah ataupun hartanah.

Shara juga menegaskan akaun kewangan kita juga perlu kukuh untuk membina kepercayaan dengan bank. Tetapi bagaimana dengan nasib petani, nelayan dan peniaga-peniaga lain yang tidak mempunyai pendapatan tetap?

Mengulas lanjut, Shara berkata kerajaan ada memperuntukkan sebanyak RM2 bilion ringgit untuk Skim Jaminan Kredit Perumahan dimana kita tidak lagi perlu menyediakan deposit sebanyak 10% untuk membiayai rumah!

Dan yang lebih menarik, peruntukkan ini lebih mengutamakan kepada mereka yang tiada pendapatan tetap yang ingin membeli rumah @ hartanah!

Lihat video di bawah :

Video perkongisan Shara mendapat lebih 400 000 jumlah tontonan dan 36 000 tanda suka.

Antara komen yang ditinggalkan netizen :

Jadi apa lagi yang anda tunggu? Jangan lupa mohon dan kongsikan berita gembira ini dengan ahli keluarga dan kawan-kawan!

SUMBER : TikTok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*