“Tak Pilih Kasih, Tak Kira Manusia atau Haiwan..” – Ebit Lew Derma Makanan Ke Zoo Negara Sempena PKP

Wabak Covid-19 telah menjejaskan pelbagai sektor ekonomi. PKP yang dijalankan bagi menyekat virus ini daripada membiak membuat ramai kehilangan sumber pendapatan. Hal ini bukan sahaja dirasai manusia malah, haiwan juga turut terasa tempiasnya. Antara yang teruk terjejas ketika ini adalah Zoo Negara yang menempatkan beratus-ratus jenis haiwan.

Baca juga: “Duit Derma Masuk Salah Akaun Ke?” –  Keadaan Zoo Negara Teruk Seperti Sudah Terabai

Terbaru, Ustaz Ebit Lew berkongsikan satu video yang menunjukkan beliau memberi makan seekor gajah di Zoo Negara di laman sosialnya. Menerusi kapsyen UEL, dia ada mendermakan bekalan makanan sebanyak 200 kg daging dan 10 bakul buah-buahan tembikai dan betik buat haiwan di sana sempena hari raya dan PKP.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)


Kata UEL, dia sayu dan  sedih setiap kali teringat haiwan di Zoo Negara kerana pasti tiada siapa yang akan melawat lagi dek kerana sekatan rentas daerah dan negeri yang dilaksanakan. Oleh itu, dia tekad memberikan sedikit sumbangan dan syukur kerana sempat melakukannya sebelum raya tiba.

Menurut UEL, walaupun baru beberapa kali datang ke situ, dia sudah merasa sayang kepada haiwan-haiwan di situ dan meminta supaya orang ramai turut doakan semoga mereka berada dalam keadaan sihat dan cukup makan.

Meninjau ke ruangan balas, rata-rata tersentuh dengan tindakan UEL yang tidak memilih kasih dalam memberi. “Semuanya disantuni dengan baik..” itu kata salah seorang wargamaya di Instagram. Banyak kata-kata dan doa yang baik memenuhi ruangan balas itu.

Ada juga yang terhibur dengan pilihan lagu yang digunakan UEL dalam videonya iaitu lagu ‘Awimbawe: The Lion Sleeps Tonight’ yang sangat catchy dan popular. Mungkin tujuannya adalah untuk menggembirakan mereka yang menonton video tersebut.

Apa pun, kita doakan yang terbaik buat Zoo Negara. Semoga ada lagi insan yang baik hati boleh mendermakan sedikit makanan buat haiwan-haiwan yang dipelihara di sana. Kami doakan UEL juga berada dalam keadaan sihat dan bahgia selalu sepertimana UEL cuba menggembirakan hati insan lain.

Baca juga: “Jiran Yang Baik Itu Rezeki..” – Wargamaya Terharu Dengan Jiran Banyak Membantu Ketika Dikuarantin

Sumber: Ustaz Ebit Lew

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.koolfm.com.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*