Home Petua Tips Baru Je Nikah, Pengurus Tampil Ceritakn Sesuatu Pasal Hannah Delisha Dan Suami...

Baru Je Nikah, Pengurus Tampil Ceritakn Sesuatu Pasal Hannah Delisha Dan Suami Yg Tak Pernah Didedahkn

238
0

” Akhirnya selepas lima tahun. Alhamdulillah, saya cintakan awak Imam Shah disertai dengan tanda pagar  imampadahannah,” tulis Hannah.

” Mereka dah rancang berkahwin sejak 5 tahun lepas,”

Itu pendedahan Dura Aiman susulan pernikahan mengejutkan pelakon jelita Hannah Delisha siang tadi.

Tiada niat untuk merahsiakan perkahwinannya dengan suami, Imam Shah, Hannah sememangnya seorang yang amat berahsia terutama berkaitan hal peribadi.

Perkara itu didedahkan pengurusnya, Dura Aiman kepada Kosmo! Online sebentar tadi yang turut memaklumkan pelakon kelahiran Singapura itu akan berkongsi kenyataan media mempercincikan perkahwinan mengejutnya dengan lelaki juga merupakan seorang pelakon dari negara republik tersebut.

” Hannah is a very very private person. (Hannah merupakan seorang yang sangat-sangat menjaga privasi). Hannah akan keluarkan kenyataan media secepat mungkin.

” Macam saya cakap tak semua perkara saya boleh bercakap mewakili pihaknya. Bagi masa sedikit,” katanya Dura yang juga merupakan pengurus artis syarikat pengurusan, Prodigy Syndrome Management Malaysia kepada Kosmo! ketika dihubungi sebentar tadi.

” Hannah dan Imam sudah rancang berkahwin sejak 5 tahun lepas,” dedah Dura secara ringkas lagi.

Dalam pada itu, Dura berkata, gambar yang viral itu bukanlah adegan drama sebaliknya memang majlis akad nikah Hannah bersama Imam Shah.

” Majlis berkenaan ringkas dan kecil serta hanya dihadiri oleh keluarga terdekat saja. Cuma, saya tidak boleh berkongsi lebih lanjut kerana pihak pengurusan tidak terbabit dalam perkara ini.

” Kami dimaklumkan mengenai majlis nikah pada hari ini, cuma menurut Hannah, dia sendiri akan berkongsi butiran lanjut,” katanya.

Tambah Dura, pihak pengurusan sendiri tidak dapat ke Singapura kerana kekangan dari segi undang-undang bagi menyekat penyebaran Covid 19.

Terdahulu, Hannah atau nama lengkapnya, Hannah Adlina Blackburne Birch, 25, membuat kejutan dengan berkongsi foto dia selamat bernikah dengan seorang jejaka yang dikenali sebagai Imam Shah.

Perkara tersebut dikongsi sendiri oleh Hannah, 25, dalam satu hantaran Instagramnya sebentar tadi.

Sementara itu, dalam Instagram Imam, pengantin lelaki itu turut memuat naik hantaran dia sedang menyarungkan cincin pada jari manis pelakon yang popular menerusi drama Cinta Sekali Lagi itu.

 

Siapa suami Hannah?

Menerusi semakan di IG, Imam Shah merupakan seorang aktif dalam sukan seni pertahanan diri MMA selain bergelar pelakon.

Bertubuh sasa, jejaka yang nama sebenarnya, Muhammad Imam Shah Abdul Mutalib, 30 tahun, ingin mengecapi kepopularan yang dianggap mampu lenyap sekelip mata.

Justeru itu, tatkala mengambil keputusan ke Malaysia bagi memperkasa kerjaya seninya, beliau dapat menjangkakan jerih payah yang bakal diharungi.

Tambahan pula, ibunya merupakan pelakon veteran Mariana Yati yang sudah banyak makan garam lantas menasihatinya tentang putaran roda kehidupan si anak seni.

Baru-baru ini, Imam yang menjayakan drama TV3, Kau Yang Pertama, kembali ke Kota Singa bagi menjayakan watak utama dalam siri drama mini Saga (Musim Kedua).

Drama itu akan disiarkan setiap Rabu mulai 25 Mac tahun depan sebagai meraikan ulang tahun ke-20 Mediacorp Suria.

Ia dijayakan beberapa bakat Singapura yang sudah menempa nama di Malaysia seperti Hasnul Rahmat, Jeff Catz, Hannah Delisha dan Shah Iskandar.

Sumber:k0smo

Previous article(Video) Terbyg Syg Dlam Rmh.Suami Sebak Masa Kemas Rmh Setelah 4 Bulan Isteri ‘Pergi’ Selamanya
Next articlePrlekeh Guru Ngajar Bhasa Inggeris Terus Kn Gntung Tugas.Nak Hrp Dia Ckp Mat Saleh Siang Malam Ke – Netizen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here