Home Petua Tips “Tarawih Dekat Rumah Mama Ya!” Bersih Dan Kemas, Ramai Puji Tahfiz DSV...

“Tarawih Dekat Rumah Mama Ya!” Bersih Dan Kemas, Ramai Puji Tahfiz DSV Nampak Serba Lengkap

51
0

Seperti kita sedia maklum, Dato’ Seri Dr. Hajah Vida atau lebih mesra dengan panggilan DSV merupakan salah seorang usahawan jutawan yang dikenali ramai.

Sebelum ini, beliau sememangnya jarang menunjukkan segala amal kebaikan yang dilakukan olehnya tetapi kali ini beliau mengambil keputusan untuk kongsikan satu video penuh bermakna.

“Malam ni 10 malam terakhir, semua solat tarawih dekat rumah mama ya.”

DSV mempunyai sebuah pusat tahfiz yang diberi nama Darul Tahfiz DS VIDA yang terletak di Ipoh, Perak dan sempena dengan bulan Ramadan ini, beliau akan menjemput ‘anak-anaknya’ di tahfiz itu untuk menunaikan solat tarawih secara berjemaah di rumahnya.

Video tersebut turut menunjukkan keadaan tahfiz berkenaan yang serba mewah dan lengkap sehingga membuatkan pengikutnya di laman Instagram tergamam.

Rata-rata mereka tumpang rasa bangga melihat kejayaan DSV membuka pusat tahfiz dan ada juga yang kelihatan berminat untuk mendaftarkan anak mereka di sana.

Setiap pelajar tahfiz yang masuk ke sana tidak akan dikenakan sebarang bayaran kerana semua yuran ditanggung sepenuhnya oleh DSV sendiri.

Semoga kerja amal DSV ini dapat memberi semangat kepada kita untuk menjadi seorang yang berjaya dan mampu untuk membantu orang lain yang berada dalam kesusahan.

Sumber foto dan video: Instagram DSV

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.hotfm.com.my/

Previous articleMasih Berduka Dengan P3mergian Bapa Tersayang, Mira Filzah Pujuk Wan Emir Daripada Terus B3rsedih
Next article“Neelofa Beli Dalam Dua Atau Tiga Gulung..” Pekerja Kedai Carpet Dedah Neelofa Beli Karpet RM10,000

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here