- VIRAL

Tekak Rasa Nak Lunch di Sabah, 5 Sekeluarga Beli Tiket Dan Terus Terbang

Tiada istilah jauh bagi keluarga ini yang sanggup terbang beribu batu demi menikmati hidangan tengah hari di Negeri Bawah Bayu.

Situasi itu bukan sesuatu yang luar biasa buat mereka sekeluarga yang kini menetap di Tanjung Malim, Perak sering membuat perjalanan spontan ke pelbagai destinasi di dalam dan luar negara.

Anak bongsu dari lima adik-beradik, Abul Munzeer Mohamad Isa, 22, tular di laman sosial selepas memuat naik gambar lima tiket penerbangan ahli keluarganya ke laman Twitter pada Selasa.

Hari ni plan, hari ni juga ‘terbang’…

Menerusi posting tersebut, Abul Munzeer berkata, dia, kakak dan ibunya berbincang tentang lokasi untuk makan tengah hari sebelum bersepakat untuk terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada hari yang sama.


” Keluarga kami memang biasa berbincang di mana nak makan lepas selesai tunaikan solat subuh berjemaah.

” Saya pun sahaja sebut Sabah kerana kami pun dulu pernah menetap di Sandakan dan Keningau sekejap. Kemudian mak dan kakak saya pun bersetuju je,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

Ada juga netizen cakap, duit banyak boleh lah buat camtu…

Selepas memuat naik gambar tersebut, terdapat pelayar Twitter yang mengaku tidak dapat mengaitkan posting berkenaan dengan dirinya kerana dia tidak mempunyai wang sebanyak itu untuk membeli tiket penerbangan secara spontan.

” Kepala agong ada semua boleh apa ada kisah kalau nak pi makan kat london pon boleh janji duit ada” komen seorang netizen.

Sementara itu, tambah Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Persekitaran dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu, mereka berlima ke negeri tersebut untuk menikmati hidangan laut dan kepak ayam panggang yang cukup popular di sana.

” Lepas discuss pagi tu, kami terus beli tiket dua hari satu malam ke Sabah. Tapi, kami tak sempat nak makan tengah hari kerana tiba di KKIA pun dah petang.

” Saya, ibu, kakak dan dua lagi anak saudara menikmati makan malam di Pasar Filipina dan pulang pada keesokan harinya,” ujar Abul Munzeer yang juga gemar bercuti secara solo dan spontan seperti ke Langkawi, Ipoh dan Singapura tanpa membuat perancangan awal.

Menurut pemuda itu, mereka berlima turut berkesempatan singgah di Kundasang dan Ranau dalam kunjungan tersebut.

Dalam pada itu ada juga netizen yang berkongsi pengalaman serupa dan pernah buat perkara sama, melakukan sesuatu ‘on spot’ tanpa dirancang

” Dulu asben to my boss is 1 of the big boss air asia. Anak dia nak pi pasar malam kat Kelantan ptg tu…terus beli return tiket just sbb nak makan makanan kat pasar malam kelantan. Fuhhh..” kongsi seorang netizen

Pihak admin berpendapat, mungkin anda diluar sana boleh mencuba perkara seperti ini. Bukan apa, min selalu dengar orang merancang bagai nak rak, planning sampai berbulan-bulan. Sudahnya, cancel!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

Kredit : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *