Home Petua Tips Ya Allah Tempatlah Mereka Di SyurgaMU yang Mulia

Ya Allah Tempatlah Mereka Di SyurgaMU yang Mulia

878
0

HULU TERENGGANU: Myat kedua mngsa lemas tiga beradik di Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong di sini, ditemui kira-kira 150 meter dari tempat kejadian, jam 11.36 pagi ini.

Mangsa, Khairil Firdaus Mohd, 17, iaitu pelajar tingkatan lima Sekolah Agama Mahmudiah, Kuala Berang ditemui Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) di dasar sungai selepas hampir dua jam penemuan mayat pertama.

Penolong Pengarah Operasi Negeri (PPON), Penguasa Kanan Bomba II Mohd Basri Kamarazaman, berkata myat ditemui dalam keadaan sempurna.

Beliau berkata, pihaknya meneruskan operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mngsa, iaitu Khalif Naim, 16, yang juga pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang.

Sementara itu, abang sulung mngsa, Amirul Aizam, 29, berkata dia sedih dan sebak dengan kejadian itu tetapi reda dengan apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui selepas membuat pengecaman mangsa sebaik dibawa naik ke tebing.

Terdahulu, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat menemui myat Umar Iskandar, 21, kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian, 9.50 pagi.

Sumber : Bharian

Previous article“Saya Dah Janji Depan Kadi, Selepas Cer4ikan Dia Saya Akan Jaga Sampai Hujung Ny4wa” – Cef Wan
Next article“Hensem Patutlah Bini Orang Tu Ikut Lari” – Tentera Bawang Mula Banjiri Ruangan Instagram Shah Hazvee

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here