Home Petua Tips Lelaki Bujang 80 Tahun Temui Jodoh.Tapi Cara Mereka Bertemu Jodoh Mmg Tak...

Lelaki Bujang 80 Tahun Temui Jodoh.Tapi Cara Mereka Bertemu Jodoh Mmg Tak Disangka

219
0

“Saya harap dapat hidup bersama Mu sehingga akhir hayat,” ucapan pengantin perempuan bernama Zhu dihari perkahwinannya bersama Mu.

Biarpun sudah berusia 80 tahun seorang lelaki bernama Mu ini masih mampu menamatkan status bujangnya.

Lelaki ini berkahwin dengan wanita dikenali sebagai Zhu berusia 42 tahun yang sebelum ini pelanggan di klinik ubat tradisionalnya.

Apa yang menjadi tumpuan, Mu berkerusi roda pada hari perkahwinannya kerana sudah tidak berupaya untuk berjalan.

Pasangan itu bertemu ketika wanita itu datang merawat anak lelakinya yang mengalami masalah pada bahagian kaki.

Hasil rawatan Mu, anak lelaki wanita itu kembali pulih menyebabkan mereka mula rapat dan menjalin hubungan.

Pasangan itu diraikan dalam satu majlis yang meriah dengan mereka menggayakan busana tradisional.

Zhu ketika berucap kepada tetamu berharap akan menghabiskan hidupnya bersama Mu.

“Saya harap dapat hidup bersama Mu sehingga akhir hayat,” katanya.

Namun di sebalik kegembiraan itu, ada rakan Mu mendkwa wanita itu berkahwin kerana kemampuan kewangan lelaki itu yang mempunyai perniagaan ubat tradisional.

“Jika dia tidak memiliki perniagaan seperti itu, tidak mungkin dia akan terima lelaki seusia bapanya,” katanya.

Sumber : hmetro

Previous articleCinta hingga ke hujung ny4wa. Pasangan berkahwin 70 tahun M4UT akibat C0VID19
Next articleLelaki Dedah Perangai Kebiasaan Ibu, “Last Sekali Tu Fuh Mmg Mantap”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here