Home Petua Tips Terkenang Anak Pram4tang, Lesti Kejora Men4ngis Saat Menyanyi ‘Live’ Di Pentas

Terkenang Anak Pram4tang, Lesti Kejora Men4ngis Saat Menyanyi ‘Live’ Di Pentas

92
0

Gara-gara dilahirkan pramatang, artis Indonesia, Lesti Kejora sebelum ini pernah tular apabila dia menangis setelah gagal mendapatkan baju yang sesuai dengan saiz badan anak sulungnya.

Bersalin pada 26 Disember lalu, kehadiran zuriat tersebut hasil perkahwinan dengan Rizky Billar nyata disambut dengan lambakan doa. 4 hari lalu, mereka juga tampil mendedahkan wajah sebenar ‘Baby L’ atau nama penuhnya, Muhammad Leslar Al Fatih Billar.


“Assamualaikum sahabat serta keluarga online,Perkenalkan anak kami…

“MUHAMMAD LESLAR AL-FATIH BILLAR

“Muhammad – diambil dari kata pertama dari nama saya,yang juga nama dari seseorang rasul yg dimuliakan allah,tokoh yang menjadi contoh atau role model serta tauladan dalam kehidupan saya dan banyak orang.

“Leslar – perpaduan nama Saya dan wanita yg saya cintai,dan di nama tersebut terdapat banyak orang yang mendoakan kami di dalamnya dan semoga juga selalu memberikan doa terbaik untuk putra kecil kami ini

“Al-Fatih – selain artinya “pembuka” kebetulan saya juga pengagum dari sultan Muhammad II yang dijuluki Al-Fatih. Berawal dari kekaguman saya terhadap beliau dimana beliau mempunya jiwa kepemimpinan yang tinggi,cerdas,serta penghafal quran.

Dan harapan kami anak kami kelak bisa mengambil sifat2 baik dari beliau.

“Billar : inshaallah nama belakang ini akan menjadi legacy.Dan akan menjadi sebuah keturunan yg baik akhlak,budi pekertinya serta menjadi orang yg berguna dan bermanfaat buat banyak orang.

“Di sebuah nama terdapat doa dan harapan orang tua didalamnya,semoga anak kami kelak bisa mewarisi akhlak atau perilaku yg baik dari nama2 hebat diatas,inshaallah..”tulisnya di ruangan kapsyen Instagram.

Penuh Cinta Lesti Menangis Saat Menyanyi Live

Tidak terhenti di situ, stesen TV nasional Indonesia telah menerbitkan sebuah tayangan khas berjudul ‘Welcome Baby L‘ iaitu acara live bagi meraikan kelahiran anak pasangan selebriti tersebut.

Antara pengisiannya adalah persembahan daripada Lesti dengan menyanyikan lagu berjudul ‘Anakku’. Kerana terlalu emosi lagi-lagi setelah gambar Muhammad Leslar muncul di skrin besar, dia terus menangis teresak-esak sehingga gagal meneruskan nyanyian dengan sempurna.

Keadaan makeup yang sudah bercapuk-capuk juga tidak dihiraukan kerana air mata mengalir tanpa henti.

Selain itu, sebuah segmen bual bicara ketika Lesti diminta menyampaikan kata-kata harapan kepada Baby L juga sekali lagi banjir dengan air mata.

Sebak kerana Allah memberikannya rezeki menimang cahaya mata, tiada apa yang diharapkan oleh suami isteri berkenaan selain mahu melihat anak mereka tumbuh menjadi manusia berguna.

Ibu masih jauh daripada kata ‘sempurna’ menjadi seorang ibu..Bonda akan berjuang buat kamu (minit 1:30)

Ditanyakan mengapa penyanyi dangdut itu terlihat berulang kali menangis selepas fasa beranak, Rizky selaku suami menyifatkan ia adalah lumrah seorang wanita menzahirkan rasa bahagianya.

Bukan bermaksud ‘cengeng’, namun mereka amat bersyukur dan menganggap kehadiran Baby L adalah sangat bermakna dalam hidup.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.malaysiatime.me/

Previous articleLepas Hairul Azreen , Anak Tiri Tok Ti Pula Jumpa Tan Sri Vincent Tan
Next article“Isteriku Duni4 Akhir4t,” – Ucap4n Puit1s Jalaludin Hassan Buat Isteri Sempen4 Ul4ng Tahun Kel4hiran Ke-50

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here