- VIRAL

‘Tertinggal Mak,Takkan Tadak Tangan Nak Pimpin’ Anak Tertinggal Mak Kat R&R Dan Ini Puncanya

AKIBAT hendak cepat dan tergesa-gesa bagi mengelak daripada kesesakan lalu lintas, seorang anak lelaki dan isterinya tertinggal ibu mereka di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Besi, Dungun, hari ini.

Sebelum kejadian, lelaki terbabit yang berusia 40-an dikatakan bersama isteri dan ibunya yang berusia 73 tahun itu menaiki sebuah kereta dalam perjalanan dari Bukit Payong, Kuala Terengganu untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Lelaki terbabit dikatakan berhenti di R&R Bukit Besi, kira-kira 8 pagi selepas isterinya mengadu hendak ke tandas.

Ketika ke tandas, lelaki itu dan ibunya menunggu di dalam kereta dan dia tertidur seketika di dalam kereta sementara isterinya keluar ke tandas.

Bagaimanapun, ibu lelaki terbabit bertindak keluar dari kereta dan masuk ke tandas sama, tanpa disedari anaknya yang tertidur itu.

Sebaik isterinya masuk ke dalam kereta, mereka meneruskan perjalanan tanpa menyedari ibu mereka tertinggal di R&R terbabit.

Ibunya itu yang selesai ke tandas terkejut apabila mendapati anak dan menantunya itu tiada di parkir terbabit sebelum meminta bantuan orang ramai di situ.

Orang ramai berusaha menghantar warga emas terbabit dengan menaiki bas yang berhenti di R&R terbabit namun semua pemandu bas bimbang untuk mengambilnya.

Selama sejam setengah di situ, dua anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang secara kebetulan meronda di kawasan R&R terbabit kemudiannya menghantar warga emas terbabit ke Balai Polis Bukit Besi.

Bagaimanapun, anak dan menantu mangsa hanya menyedari ibu mereka tiada di dalam kereta ketika mereka berhenti makan di R&R Gambang iaitu kira-kira 196 kilometer dari R&R Bukit Besi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, warga emas terbabit menceritakan mengenai anak perempuannya yang mengajar di sebuah sekolah di Bukit Payong.

Berpandukan maklumat itu, katanya, pihak polis menghubungi telefon sekolah terbabit untuk mendapatkan nombor telefon anak warga emas itu.

Kecekapan Polis berjaya menolong menghubungi anaknya

“Polis berjaya memaklumkan berhubung kejadian itu kepada anaknya sebelum seorang cucu warga emas terbabit datang ke Balai Polis Bukit Besi, kira-kira 12.30 tengah hari.

“Warga emas terbabit kemudiannya dibawa pulang semula Ke Bukit Payong, sementara anak lelaki dan menantunya itu berpatah balik untuk mengambil semula ibunya itu,” katanya.

Antara komen-komen netizen

apapun kau dah buat hati mak terguris

tertinggal ke atau ditinggalkan

Apapun bersyukurlah ibunya selamat dan berjaya bertemu semula anaknya dengan bantuan polis dan orangramai.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih,Kekasih Jiwang

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kekasih Jiwang

sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *