Home Petua Tips ‘Baru Nak Bertunang’ Skali Rumah Terb4kar Sejam Sebelum Majlis, Gadis Nekad Teruskan...

‘Baru Nak Bertunang’ Skali Rumah Terb4kar Sejam Sebelum Majlis, Gadis Nekad Teruskan Juga Pertvnangan

200
0

Tidak dapat digambarkan perasaan seorang gadis dan ahli keluarganya yang lain apabila hari yang sepatutnya menjadi detik bersejarah buat mereka bertukar menjadi detik hitam apabila rumah yang didiami h4.ngus dij1lat api.

Difahamkan, rumah yang sepatutnya menjadi tempat untuk majlis pertunangan telah musn4.h sejam sebelum majlis berlangsung. Kejadian tersebut berlaku di Kampung Parit Mustaffa Darat, Parit Sulung.

Video kejadian

 

 

Video kejadian keb4.karan tersebut dikongsi oleh seorang jurusolek (makeup artist) dan tular di media sosial. Lapor Harian Metro, menurut saksi kejadian, dikenali sebagai Izzat Syafaat, menceritakan kejadian tersebut berlaku jam 1.20 petang manakala masjid pertunangan dijadualkan berlangsung pada jam 2.30 petang.

Kebetulan saya hadir ke rumah berkenaan untuk bertugas sebagai jurugambar majlis pertunangan itu dan saya lihat sendiri api m4.rak memb4.kar rumah berkenaan begitu cepat.

Keadaan ketika itu agak kelam-kabut kerana ahli keluarga berkenaan tidak sempat menyelamatkan barang hantaran pertunangan termasuk pakaian, peralatan elektrik serta dokumen penting di dalam rumah.

Ada antara ahli keluarga yang pengsan dan melecur kerana mahu menyelamatkan kereta yang diparkir berhampiran serta ada yang cedera terpijak kaca.

Difahamkan, punca kebarakan tersebut dipercayai akibat litar pintas di bahagian dalam rumah. Bahkan, keadaan fizikal rumah itu sendiri yang menyebabkan api lebih cepat marak. Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku dan seramai 100 tetamu berjaya menyelamatkan diri.

Musnahkan 80% rumah

 

 

Ujar jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Johor, keb4.karan tersebut telah mengakibatkan 80 peratus kediaman itu rosak dan sebuah motosikal turut menerima nasib yang sama.

Seramai 22 anggota bomba bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat, Penggaram dan Yong Peng dihantar ke tempat kejadian. Punca keb4.karan dan anggaran kerugian masih dalam siasatan serta operasi ditamatkan pada jam 3.34 petang.

Walaupun diuji dengan sedemikian rupa, gadis dikenali Nur Hidayah Jahurin, masih meneruskan majlis tersebut di rumah saudaranya yang terdekat. Ujarnya lagi, majlis tersebut hanya dilakukan secara ala kadar kerana segala barang kelengkapan majlis tersebut sudah hangus dijilat api.

Majlis pertunangan saya terpaksa diteruskan dan dilakukan dengan hanya menyarungkan cincin sahaja walaupun rumah hangus dijilat api.

Ketika sedang bersolek, tiba-tiba saya terdengar bunyi suara riuh dari ruang tamu rumah dan ada yang menjerit ternampak kepulan asap tebal sebelum api m4.rak menyambar pelamin.

Lepas saya dengar jeritan itu saya terus bergegas keluar dari bilik, tetapi api sudah marak dan kami sekeluarga tidak sempat nak selamatkan apa-apa termasuk dokumen penting dan masing-masing keluar menyelamatkan diri.

Sumber: Harian Metro & Info Roadblock JPJ/Polis

Previous articleBaru Sehari Bergelar Suami Neelofa, Dah Ada Pulak Pihak Buat Macam Ni Kat PU Riz
Next article‘Bila Masa Saya Menyorok’ Sjad Buat Live Pastu SeIamba Cakap PoIis Tak Akn Cari Dia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here