- AGAMA

“Tudungnya Mungkin Murah, Tapi Maruahnya Mahal”. PU Amin Kongsi Kisah Wanita Palestin Syahid Kerana Pertahan Hijab

Awal malam tadi, Pencetus Ummah Amin atau lebih sinonim dengan panggilan PU Amin ada berkongsi status serta kapsyen yang antara lain menyentuh mengenai kecekalan serta aurat wanita.

Menerusi foto di Instagram, PU Amin teringat mengenai suatu peristiwa seorang wanita Pal3$tin yang syahid selepas ditempak pihak Z1onis I$ra3l gara-gara mempertahankan hijab di kepalanya.

Dalam perkongsiang tersebut, PU Amin menulis;

” Saya teringat kisah wanita Pal3$tin yang syahid ditembak Z1onis I$ra3l kerana mempertahankan hijab diatas kepalanya. Kain tudungnya mungkin murah, tetapi maruahnya mahal. Dia sanggup sakit ditembak Z1onis I$ra3l daripada diseksa Allah dalam neraka kerana membuka hijabnya”

Status PU Amin tersebut turut mendapat reaksi dari netizen yang meninggalkan komen berseteuju dengan kata-kata beliau itu.

” Bila tengok umat islam kat negara orang putih kena sorok2 nak pakai hijab, nak solat & etc, punya lah struggle, kita kat Malaysia punya lah bertuah , tapi kita (pertama sekali untuk diri sendiri, ambil mudah je. Moga Allah pelihara iman kita sampai bila bila..” komen netizen

” Ape yg disampaikan oleh pencetusummah_amin sangat lembut dan tak macam sniper..hihi..terbaik lah ust min..semiga kita dpt syurga” tambah seorang lagi pengikut PU Amin

Dalam pada itu, menerusi ruangan kaspyen pula, PU Amin ada menitipkan sabda iaitu;

“ Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, yang bermaksud: “Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu:

1) Kaum yang membawa tali seperti ekor lembu yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam)..

2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar boggol unta (atau wanita tidak bertudung ) . Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan (Riwayat Muslim),” tulisnya.

Lalu, kenyataan yang dikongsikan penceramah ini mendapat reaksi pelbagai dari kalangan netizen yang rata-ratanya mengakui akan kepentingan menjaga aurat seterusnya belajar untuk menjadi individu yang lebih baik dan beriman.

Dalam pada itu

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

Sumber : mediahiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *